jatuhnya bukan kerana lemah
juga bukan kerana mengalah
semuanya kerana hati
yang mahu meluah
Derai
bukan tandanya menyerah
mahupun putus asa
jiwanya kental
hanya kerana graviti punya kuasa
leraikan
biar tidak terluah dek kata
biar tidak terlihat dek tingkah
cukup hanya Dia yang tahu
apa bergelumang dalam diri
semoga
yang tak terluah mengalir bersama airmata
1 pengkritk ceritera duniaku:
like
Post a Comment