Sunday, July 31, 2011

Bila Ramadhan Tiba

Malam ni mungkin dah boleh start Solat Terawih dah. excited pulak nak solat terawih pertama ni. Macam biasalah hari pertama ni je la Masjid-masjid akan di penuhi dengan jemaah-jemaah yang ingin menunaikan solat hanya di lakukan setahun sekali.

Tapi percayalah, budaya masyarakat kita teutamanya melayu ni, makin dekat nak raya maka makin kuranglah orang datang beramal ke masjid. kadang-kadang sampai tinggal 1 saf sahaja. (ya, mungkin aku jugak tergolong dalam golongan tersebut)

sebab kita lebih sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut Syawal berbanding mengejar keberkatan dan pahala yang ada di akhir-akhir Ramadhan apatah lagi ingin mencari Malam LailatulQadar.

Bayangkan, Ramadhan belum menjelma lagi, sini-sana promosi raya sudah mula di jalankan. siap ada yang sudah mula memasang lagu raya. Sedih bila kita seperti tidak menghormati bulan mulia iaitu Ramadhan yang sepatutnya di sambut dengan penuh keinsafan.

Dan ramai di kalangan kita beranggapan, bulan Ramadhan sajalah bulan untuk melakukan amal jariah, solat harian pun penuh 5 kali. Itu belum lagi derma sana sini terutamanya Anak yatim & orang miskin berduyun-duyun nak bagi. Pelik. Sedangkan Ramadhan mendidik kita untuk menjadi manusia yang sentiasa beramal bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Ianya datang sekadar untuk mengingatkan kita yang alpa.

ok, nampaknya aku seperti nak ber'khutbah' pulak dalam entri ni sedangkan Ilmu amal n agama aku tidak lah tinggi mana sebab aku menulis entri ini juga untuk mengingatkan diri aku kerana aku juga sudah terbudaya dengan perkara-perkara di atas.

Tapi, bersyukurlah kalau ada yang tersedar bulan Ramadhan tiba, yang tak dapat hidayah tu lagi sedih. Apa-apa pun semoga Ramadhan ini adalah masanya untuk kita bermuhasabh diri. Semoga ramadhan kali ini mendidik kita menjadi umat yang taat kepada Allah Yang Esa. Amin

Salam Ramadhan semua : )



p/s: tak sangka Ramadhan & Raya lepas adalah kali terakhir bersama arwah bapa : (

1 pengkritk ceritera duniaku:

skidsoil said...

salam ramadhan brother (:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010