Thursday, July 14, 2011

clean & clear!


Prasasti Jiwa:

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Jutaan Tahniah buat Ketua BERSIH 2.0 iaitu Ambiga kerana beraya menganjurkan Perhimpunan "Aman" ini, capai matlamat ataupun tidak bagi aku itu belakang kira. Apa yang penting perhimpunan Bersih 2.0 telah pun di jalankan.

Hebat!

Mungkin inilah yang di idam-idamkan oleh mereka yang memperjuangkan Hak Asasi dan Keadilan Demokrasi. Mahu menunjukkan betapa hebatnya penangan bila rakyat mula menunjukkan kuasa. Ingatkan hanya boleh di lihat melalui TV sahaja, menggelakkan rakyat-rakyat negara lain yang sibuk memperjuangkan Hak mereka, lantas melumpuhkan ekonomi serta politik negara mereka.

Tak sangka ianya juga semakin berjangkit dengan rakyat Malaysia. Ya, Demonstrasi adalah salah satu medium perjuangan zaman moden. Tapi, aku rasa sejak lama dulu lagi, mungkin baru kini 'senjata' rakyat ini di gunakan kembali.

Aku juga terkena tempiasnya, setiap kali aku memberi pendapat ataupun kritikan di status 'BukuMuka' aku, pasti serangan pendapat-pendapat yang tidak berpuas hati. Terkadang sampai malas mahu melayan tapi kalau tidak menjawabnya sepertinya aku bersetuju. Ya, Diam itu tanda setuju tapi ada yang aku layan ada yang aku biarkan.

satu perkara yang terkesan dek perbezaan pendapat ini adalah retaknya permuafakatan. Mungkin antara kita tidak pernah peduli akan perkara ini. Namun hakikatnya, kesan perbezaan ini juga memecah belahkan sesama kita! Percayalah.

Perkara kedua yang pastinya akan sentiasa menjadi perdebatan ialah, sesi memburukkan sesama kita. Yang mana Kerajaan akan memburukkan Pembangkang dan begitulah sebaliknya. Maka berita-berita arus perdana saat dan ketika ini berusaha memburukkan dan memperjelaskan perkara sebenar dan juga begitu la sebaliknya. Hingga satu tahap, rakyat naik muak dengan situasi politik Malaysia.

Ketiga, Agenda tersembunyi. Ini bukan soal aku menyokong mana-mana pihak. Tapi percayalah, setiap yang di lakukan oleh seseorang itu mempunyai niatnya tersendiri. Yang mana setiap dari kita mungkin akan tertipu dengan mana-mana agenda yang di lakukan oleh mereka. Rakyat biasa? hanya di kuda-kudakan oleh mereka untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Tahniah. Kerana bagi aku anda semua berjaya mewayang kulitkan rakyat!

Sedih.

Yang menjadi persoalan tertinggi dalam minda aku ialah, Motif sangat Ambiga tak nak serahkan Memorendum 8 tuntutan kepada Sultan ketika jumpa Sultan sebelum perhimpunan berlaku. Kalaulah niat tu memang benar-benar SUCI aku rasa dengan cara tersebut pun orang tetap akan tahu malahan tindakan beliau nanti mendapat pujian kerana lebih bersifat professional tanpa perlu perhimpunan segala hingga ada yang cedera dan meninggal dunia (statistik 1 orang disebabkan sakit jantung-Al-Fatihah).

Salahkan Polis? aku rasa tindakan polis hanyalah menjalankan tugas. Anda dan anda semua tidak boleh menyalahkan Polis semata-mata. Kita harus sedar, di konsep awalnya Perhimpunan ini tidak pernah mendapat kelulusan oleh pihak berkuasa. Maka, tindakan berkumpul itu juga adalah haram. mudah! jadi salahkan diri sendiri yang mencari bala.

Perkara kedua tertinggi yang masih menjadi persoalan di minda adalah, Ambiga telahpun bersetuju yang mereka akan menjalankan perhimpunan di stadium setelah mendapat kelulusan. Namun perkara ini terang-terang telah melanggar nasihat sultan! Apabila di hari kejadianya, di lakukan juga di jalanan. Alasannya, kalau di jalanan barulah nampak 'kuasa' rakyat!

Banggalah dengan Demonstrasi yang akhirnya tidak pun meninggalkan impak yang besar, sepatutnya kalau nak buat sekalipun janganlah sehari, buatlah berminggu-minggu, ataupun berkala sehingga pilihanraya. barulah menarik! kalau boleh biar sampai darurat. Ya, Bersih 2.0 bukan untuk menggulingkan kerajaan. tapi aku tak rasa ianya memberi kesan jangka panjang. sedangkan Bersih ini pun sudah di jalankan 2 kali! takkan nak buat kali ke-3? Anda yang menyokong perhimpunan ini punya jawapan sendiri. jauh di sudut hati anda, cukuplah sehari. banyak lagi perkara yang perlu anda lakukan : )

ok.

aku rasa tidak berfaedah pun aku nak meleter banyak2. Kita sebagai rakyat biasa mempunyai kuasa yang besar dalam negara. Kerana kita negara berdemokrasi yang mana mempunyai hak untuk memilih pentadbir ketika Pilihan Raya.

Aku percaya, pilihanraya di jalankan dengan adil. Jika tidak, manakan pembangkang boleh menang 5 negeri. Ianya sangat luar biasa.Pertama.

Kedua, Janganlah memandang Kerajaan sepertinya memandang bayang-bayang 'Dajjal'. semua yang kerajaan lakukan adalah korupsi! Benar, tiada siapa yang sempurna tapi kita boleh mengurangkan.

ketiga, SPR sebenarnya sentiasa melakukan penambahbaikkan. Faktanya, tuntutan BERSIH sebenarnya bukanlah hanya 8 semata-mata tetapi lebih daripada 8...tetapi yang 8 itu sajalah yang masih belum di tunaikan oleh SPR di atas sebab-sebab tertentu. dan sekiranya rundingan masih mahu di jalan dengan baik terhadap 8 perkara tersebut tidak mustahil SPR ataupun kerajaan berganding bahu untuk menyelesaikannya.

Keempat, NGO yang menganjurkan BERSIH 2.0 juga mungkin mempunyai niat yang baik, kita juga tidak boleh menafikan 8 tuntutan tersebut tidak realistik. Ada tuntutan yang memang boleh di terima tetapi apa yang meragui ialah ianya di dalangi oleh mereka-mereka yang mempunyai niat tersembunyi! Sayang.

dan terakhir, Kita berhak untuk menikmati Demokrasi yang Adil tapi biarlah kita melakukannya dengan cara yang betul. Bagi yang layak daftarlah mengundi. Buktikan di PRU13 nanti, siapa yang menjadi pilihan anda untuk mentadbir negara.

sekian

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010