Tuesday, July 12, 2011

Dwilogi Padang Bulan



Prasasti Jiwa:

Sudah berkurun tidak membaca Novel, tapi aku bukanlah penggemar Novel sangat. Kali terakhir aku membaca Novel adalah ketika di tingkatan 3. Rasanya.

dan selepas itu, tidak pernah lagi aku sentuh mahupun meramas-ramas mana-mana novel untuk aku bedah setiap jiwa dan rasa yang tertulis di dalamnya. Bagi aku, hebat sungguh anugerah Ilahi kerana melahirkan penulis-penulis yang mempunyai imaginasi seperti 'Tuhan'. Mencipta sebuah kehidupan dan dunia dalam bayangan mereka. Anehnya, kadang-kadang semua imaginasi itu hanya tinggal imaginasi, yang hanya hidup di minda si pembaca yang di tipu oleh lukisan bahasa oleh si penulis.Tapi, itulah indahnya bahasa.

dan ketika aku ke kedai Popular menemankan sahabatku ke SACC Mall jumaat lepas, aku telah di jodohkan dengan novel di atas. Cinta pandangan pertama yang membuat aku terus mahu membelinya, meskipun dahulu teramat berat untuk aku mengeluarkan sehelai dua helai sang merah. Hingga kadang-kadang niat aku mati di sebabkan keberatan itu, sepertinya graviti menarik-narik tangan lurus ke bawah.

tapi, entah mengapa, hati aku ketika itu seakan meringankan sahaja, mungkin untuk mengisi masa yang terluang tatkala masih belum ke kantor. agaknya. adalah lebih elok untuk aku mengisi fikiran dengan membaca 

dan tidak pernah aku kesalkan membeli Novel ini meskipun aku tidak pernah membaca Trilogi Laskar Pelangi yang lain. Hanya berbekalkan memori yang terlekat tentang kisah Filem Laskar Pelangi. Aku memahamkan sahaja setiap cerita yang aku baca. Mujur ianya masih berbekas di minda. Tidaklah pulak aku terpinga-pinga cuba mencari peti-peti ingatan di minda.

Tatkala, diri masih mencari nafkah penyambung hidup, Buku ini tidak pernah lari dari sasar. Sentiasa tepat pada titik tujuannya. Ianya sangat memberi aku Motivasi. Serius. Buat anda yang masih tercari-cari kerjaya dalam hidup ataupun sudah mula menemui bibit-bibit putus asa. Nah. Buku ini bisa membuat semangat anda yang lumpuh itu menjadi cergas dan cerdas.

Tidak percaya? Cubalah baca sekerat. pasti anda akan jatuh cinta pada semangat yang tertanam dalam setiap jiwa dalam novel ini.

bagi Sang Pencinta Bahasa, pergilah ke toko-toko buku mencari sebuku novel ini. Kerana bahasa yang tercipta dalam novel ini sangat indah. sehingga kadang-kadang tertanya dari manakah turunnya bahasa indah itu.

Novel ini juga tidak seperti novel cinta yang klise. Novel ini penuh dengan inspiratif. Kadang-kadang membuat anda percaya pada hebatnya kuasa cinta, hebatnya impian dan angan-angan serta bodohnya realiti kehidupan. ha3

Terima Kasih Andrea Hirata.

Ku harapkan suatu hari nanti aku juga bisa menuliskan sebuah cerita tentang nasib kehidupan. Antara Cita-cita dan Keluarga. Antara Cinta dan Kerjaya. Antara Impian dan Realiti. Kau adun menjadi satu dunia yang indah.

sekian.

p/s: sekurang-kurang aku tidak menipu dalam resume aku yg hobby aku adalah membaca...rekodnya: ini adalah buku ke-2 yg aku beli he3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010