Saturday, July 2, 2011

Penjelasan Pengerusi SPR terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0

Di bawah adalah jawapan yang di berikan oleh pengerusi SPR iaitu Tan Sri Abdul Aziz semasa sidanga akhbar dengan BERNAMA dan TV3:-

Mengenai permintaan lapan perkara oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Abdul Aziz berkata, ruang untuk penambahbaikan memang sentiasa ada kerana SPR tidak menganggapnya sebagai badan yang sempurna. 
Beliau menghuraikan satu persatu usaha dibuat SPR terhadap lapan permintaan itu: 



  • Pembersihan daftar pemilih – usaha itu dilakukan setiap hari tetapi SPR tidak boleh membersihkannya sendiri kerana pengundi yang perlu memaklumkan status mereka dalam daftar berkenaan. Katanya, tidak ada bukti dakwaan wujudnya pengundi mengundi lebih daripada sekali dan tiada satu pun kes seumpama itu yang dibawa ke mahkamah. (jawapan ini agak ada betulnya...setuju!) 




  • Tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari – perkara itu sedang diteliti kerana ada juga parti yang meminta supaya tempoh berkempen dipendekkan dan pandangan aspek keselamatan juga terpaksa diambil kira. (SPR tidak boleh sewenang-wenangnya untuk mengurangkan temph berkempen, perlu juga di kaji baik buruknya)




  • Penggunaan dakwat celup jari pengundi – SPR sedang meneliti untuk menggunakan kaedah biometrik yang lebih saintifik. (Jawapan ini terus menjawab tuntutan 1 & 3 dan sistem ini juga boleh di katakan telus)




  • Kemudahan akses yang bebas dan adil kepada media – Abdul Aziz berkata beliau tidak boleh mengarahkan media untuk memberi liputan kepada sesuatu pihak. Bagaimanapun, beliau boleh berbincang dengan media untuk memberi ruang kepada semua pihak. ( Tuntutan ini lebih kepada kebebasan untuk media membuat laporan ataupun menyampaikan dakyah2/perjuangan setiap parti, seharusnya sebagai negara yang berdemokrasi, kebebasan media bukanlah persoalan yang seharusnya timbul)




  • Cadang banteras rasuah – SPR memang bersetuju tetapi ia tidak mempunyai kemahiran dalam bidang itu dan terpaksa meminta bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. ( kita ada SPRM untuk menjalankan tugas mereka )




  • Cadang perkukuh institusi polis – SPR tidak mempunyai kuasa terhadap perkara itu. (tuntutan ini mungkin juga bukan untuk SPR, dan lebih kepada pihak kerajaan)




  • Pembaharuan sistem undi pos -– SPR sedang meneliti perkara berkenaan termasuk cadangan untuk mengadakan undian awal seperti amalan di Thailand dengan pengundi bebas untuk mengundi pada hari yang ditetapkan lebih awal atau pada hari pengundian tetapi perkara ini juga mempunyai masalah tersendiri. (SPR sentiasa melakukan kajian, bukan hanya bekerja hanya ketika pilihanraya di adakan.)




  • Kebebasan berkempen – Parti politik sememangnya bebas berkempen tetapi terpaksa memohon permit polis atas sebab-sebab keselamatan kerana polis, antara lain, meneliti kesesuaian tempat, isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum dan agama serta aspek lalu lintas. (konklusinya, setiap yang di lakukan parti perlu mendapat kebenaran, kalau ikut sesuka hati sahaja, dikhuatiri akan berlaku perkara yang tidak terkawal, contohnya: kempen 2 parti bersebelahan pada waktu yg sama mungkin akan menimbulkan kekecohan)

    Oleh itu, Abdul Aziz berkata, ada perkara yang berada dalam bidang kuasa SPR dan ada juga perkara yang bukan dalam bidang kuasa SPR berhubung lapan perkara berkenaan. 

    Beliau berkata, pada mulanya BERSIH mengemukakan 17 perkara tetapi setelah berbincang, tinggal lapan perkara saja sejak akhir tahun lalu kerana yang lainnya sudah diselesaikan oleh SPR. 

    “Kalau BERSIH meneruskan perbincangan dengan SPR, mungkin tinggal tiga perkara yang belum selesai. Demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah. Tidak bermakna buat demonstrasi, SPR akan bersetuju,” katanya merujuk kepada cadangan perhimpunan haram yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai. – BERNAMA 


  • 0 pengkritk ceritera duniaku:

    Popular Posts

    Popular Posts since May 2010