Friday, July 29, 2011

Tahniah Harimau Malaya!

Dalam meniti sesuatu kejayaan ataupun impian, ianya di capai bukan dalam satu ataupun dua hari. Saat kita mahukan maka esok pasti terjadi. Kita tidak di anugerahkan kuasa atau magis untuk melakukan itu semua. Kerana Allah tahu jika manusia di berikan kekuasaan seperti itu, pasti dunia akan hancur dalam sekelip mata.

Kekuatan kudrat dan usaha yang berterusan harus di lakukan, untuk meningkatkan kualiti dan kekuatan yang ada pada diri, agar ianya akan tertanam supaya bila berdepan dengan realiti kehidupan sebenar, kita tidak pernah rasa gentar ataupun gusar. Kita akan lebih tenang dalam menempuh ranjau kehidupan yang penuh dengan helah dan tipu daya.

Dalam kita mengimpi untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2014, sebenarnya kita sudah berada pada landasan yang terbaik. Kita perlu sedar, hakikat sebenar sebuah perlawanan bola sepak. Kerana hakikat pertama yang seharusnya kita sedar, Bola itu berbentuk bulat. Maka, ianya tidak punya segi untuk meletakkan ianya berada pada satu tarikan graviti yang nyata. Hukum fizik mengatakan graviti bola terletak pada tengah2nya.

lantas, kita perlu percaya pada rezeki juga akhirnya.

Syabas buat pasukan Harimau Malaya yang telah berjaya sehingga ke peringkat ini. Pujian harus di berikan kepada mereka kerana telah mencuba sedaya updaya dan semampu mereka untuk melakukan yang terbaik buat negara. Janganlah sesekali kita mengeji ataupun mengutuk serta meletakkan beban kesalahan kepada mana-mana pihak. Kerana kita semua sebahagiaan daripada pasukan Malaysia.

Apa yang paling penting bagi aku ialah Harimau Malaya telahpun menghidupkan kembali kemeriahan bola sepak dan juga mengembalikan kepercayaan penyokong2 malaysia yang sudah lama ber'tapa' daripada menyokong pasukan malaysia.

Stadium Bukit Jalil penuh!

suatu keajaiban telah pun berlaku. mungkin kekuatan sokongan padu itu tidak dapat menyerap kedalam kekuatan Harimau Malaya dalam berjuang menentang Singapura yang penuh dengan helah!

Namun itu bukan menjadi alasan, apa yang penting sekarang ialah memperkukuhkan lagi kekuatan pasukan HARIMAU MALAYA pada masa akan datang. Persiapan kita sebenarnya masih tidak cukup!

Untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Dunia Brazil 2014, usaha kita setakat ini masih tidak cukup untuk melayakkan diri. Terlalu banyak yang perlu kita perbaiki dan pertingkatkan. Tidak mengapa kita punya pelapis terutamanya Harimau Muda untuk mempersiapkan diri pada Piala Dunia 2018. Kerana semuanya tidak mustahil untuk berlaku jika kita mula dari sekarang.

Lagipun Harimau Muda sudah melayakkan diri ke peringkat kumpulan Olimpik 2012. Itu sudah cukup baik buat kita.

Semoga, akan ada sinar buat Sukan Bola Sepak Malaysia pada masa akan datang.

Majulah Sukan untuk Negara!

Tahniah sekali lagi buat Harimau Malaya! aaauuuummmmMMMMMM!!!!

p/s: bila kita perjuangan tidak di letakkan Matlamat, samalah seperti pistol tidak berpeluru : )

1 pengkritk ceritera duniaku:

yuyu said...

go malaysia go..kami xkan putus asa sokong!xpa, kita kalah dgn negara yg malu menggunakan rakyat sndri..jgn butthurt naa singaporean..

Popular Posts

Popular Posts since May 2010