Thursday, July 28, 2011

34# Prasasti Jiwa

Tidak tahu mahu berbicara apa sebenarnya, tapi aku tetap menyeru segala kekuatan dan semangat agar jari-jemari ini terus meliuk-lentokkan dirinya dan menari di papan kekunci laptop.

Aku sendiri tidak memahami kenapa hari ini moral dan semangat diri ibarat di landa tsunami. Mood sudah hilang warna lantas hari ini aku hanya membaringkan diri dan cuba untuk 'mati' dari terus memikirkan akan tentang masa hadapan yang masih menjadi tanda tanya.

Aku bukanlah seorang arkitek masa depan yang penuh dengan perancangan. Aku juga bukanlah orang yang suka meletakkan apa aku pada satu masa. Aku adalah manusia yang hanya mengikut aturan takdir.

dan bila takdir sudah meletakkan batu asas, saat itulah baru aku akan meng'arkitek'kan masa depan aku. Merancang satu persatu, siapa aku pada masa akan datang.

pelikkan. padahal konsepnya tetap serupa. aku tetap tidak mahu mengakui yang sebenarnya aku seorang yang merancang masa depan serta meletakkan sesuatu pada hujungnya.

Entahlah, terkadang sampai satu saat aku sudah putus asa pada masa depan. Mahu jadi apa pun di akhirnya aku tidak kisah kerana aku sudah bosan pada putaran dunia yang kejam dan tidak adil. Bosan dengan edaran masa yang dicipta manusia durja.

Tapi, syukur aku masih punya secebis semangat dalam diri untuk tidak mudah mengalah. Kehidupan ini sememang tercipta sebegitu. Tidak ada yang sempurna di mata manusia kerana manusia memang sikapnya begitu. Sedangkan Tuhan sudah menciptakan alam dan kehidupan ini seindah dan sempurna ciptaanNya. Hanya kita yang menyalahgunakannya.

Hakikatnya, aku sebenarnya sudah tidak sabar untuk bergelar seorang Pekerja sebab aku sudah bosan untuk bergelar Si penganggur. Cukuplah sebulan lebih. Aku tidak mahu melamakan masa 'cuti' ini.

Benar, inilah risiko yang terpaksa aku tanggung. Aku seharusnya tidak meletakkan garis penyesalan dan harus percaya pada takdir tuhan serta rezeki yang di berikan tiap umatnya.

lagi beberapa hari sahaja, umat islam akan menjalani ibadah puasa. Dan Ramadhan kali ini mungkin memberi sedikit cabaran buat aku kerana mungkin Ramadhan ini aku akan mula bergelar seorang pekerja dan mencari rezeki untuk keluarga.

sebagai apa tidak perlu di tanya yang penting ianya kerja yang halal. Dan suatu saat nanti aku pasti akan berkongsi kejayaan ini bersama anda semua.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak : )

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010