Saturday, October 29, 2011

Apy bufday to my sweet heart : )


gambar ini di ambil ketika my convocation he3


Prasasti Jiwa:

Inilah wajah 2 orang anak buah aku yang sudah pun genap setahun, macam kembar je dua orang ni. macam-macam gelagat! serius kehadiran mereka dalam keluarga aku sangat memeriahkan suasana apatah lagi seorang girl dan seorang lagi boy.

tanya je la my mum macam mana jaga 2 orang ni, memang pening kepala. ha3 aku yang duduk rumah selama 3 bulan ni memang jadi saksi la 'penderitaan' menjaga mereka di tambah dengan anak buah aku sorang lagi yang dah masuk 3 tahun iaitu M.Akhil Zafran dengan mulutnya yang banyak cakap. memang tension jaga 3 orang ni hu3

tapi inilah orang kata, kanak-kanak memang penceria suasana.

dan aku sangat sayang mereka bertiga : )

di kesempatan ini, 'daddy' nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Pertama kepada anda berdua. Semoga terus besar menjadi anak yang baik, menghormati orang, pandai dan besar nanti menjadi orang yang berguna.

ahad ni mungkin akan menyambut hari lahir pertama Nur Eryna Aleesya. hari tu sambutan hari lahir M.Hadif Mirza tak dapat nak sambut bersama sebab pergi pertandingan Debat dekat Utem, Melaka.

sekian, tq




Part 2: Prebiu Semi Final Muzik-Muzik 26



Prasasti Jiwa:

Di sebabkan ramai juga yang membaca Part 1: Prebiu Semi Final Muzik-Muzik 26, maka aku sedikit bersemangat untuk meneruskan prebiu Semi Final Muzik-muzik 26.

Kali ini, aku suka untuk membuat review tentang lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar zain dan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abd Halim.

Dalam banyak-banyak lagu, selepas lagu Awan Nano nyanyian Hafiz, Lagu Sedetik Lebih aku letakkan sebagai pesaing terkuat kepada Lagu Awan Nano. Setahu aku rakaman lagu Sedetik Lebih ini di rakam secara okestra sebab itu jika anda hayati muziknya sangat sedap dan tersusun.

lagu Sedetik Lebih ini yang menjadi ost utk Filem Hikayat Merong Mahawangsa telah mengangkat Anuar Zain tercalon semula dalam Anugerah Industri Muzik 2011 tahun ini dalam kategori Vocal Lelaki Terbaik.

dan ironinya apabila Lagu Sedetik Lebih ini telah pun meng'gelap'kan Single pertama dari Album Anuar Zain iaitu Ku Berjanji Karna Cinta yang aku rasa sebenarnya juga antara lagu terbaik dalam Album terbaru Anuar Zain yang telah berada di pasaran sejak bulan lepas.

dan kemuncak kehebatan lagu ini apabila Anuar Zain menyanyikan lagu Sedetik Lebih di kesemua Acara ataupun Majlis-majlis besar terutamanya yang mendapat perhatian ialah apabila membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang mana beliau telah mendapat respon positif daripada peminat-peminat beliau dan telah pun menjadi 'in trends' di twiteer respon terhadap persembahan meletop Anuar Zain di ABPBH 2010.

Siapa yang tidak mengenali Anuar Zain yang mempunyai suara yang merdu sebab itu beliau pernah merangkul Anugerah Vokal Terbaik di AIM 99 & AIM 2003 dan berharap tahun ini beliau juga mampu merangkul kembali anugerah tersebut melalui lagu Sedetik Lebih.

itu serba sedikit tentang Anuar Zain.

namun sayangnya, gosip yang bertebaran sejak dua menjak ini apabila khabar angin mengatakan Anuar Zain menarik diri daripada menyertai Separuh Akhir Muzik-Muzik 26!

Mungkin ramai peminat terutamanya peminat lagu ini dan juga peminat setia Anuar Zain agak terkilan dengan berita ini kerana pastinya tiada siapa yang layak untuk membawa lagu ini selain tuan punya badan sendiri iaitu Anuar Zain.

kerana lagu ini bagi aku hanya akan bernyawa dan kuat apabila Anuar Zain yang menyanyikannya. Bagilah kepada siapa pun yang menyanyi, setakat ini bagi aku hanya beliau sahaja yang mampu membawakan lagu ini dengan baik.

tapi, kes seperti ini sudah pernah berlaku di AJL apabila artis lain yang menyanyikan lagu artis lain. kerana kita harus ingat AJL bukanlah mempertandingkan artis tetiba mengangkat lagu tersebut.

bagi aku, tersangat rugi Anuar Zain menarik diri, sebab dengan lagu ini sajalah beliau mampu untuk pergi jauh dalam AJL kali ini. tengok-tengok Anugerah Vokal terbaik bakal menjadi milik belaiu bersaing dengan Hafiz juga.

namun, apakan daya, tuan punya badan tidak mahu bertanding. tapi aku nak bidas satu perkara iaitu komen Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studio iaitu Encik Fadzliniza Zakaria mengatakan:-

“Bagi kami, dia sebenarnya bukan tarik diri, tapi mengenali Anuar Zain, dia seorang yang memang tidak suka untuk masuk dalam sesebuah pertandingan. Kami tak mahu komen lebih lagi, jika nak tahu lanjut kena tanya beliau sendiri. Apa-apapun, kami dah serahkan hal ini kepada pihak KRU untuk menentukannya.”

motif Anuar Zain tidak suka masuk pertandingan sebegini??? setahu aku dia pernah je masuk Final AJL 1998 - Bila Resah kategori Pop Rock, AJL 2003 - Keabadian Cinta kategori Balada, AJL 2004 - Semua Untukmu, dan separuh akhir muzik-muzik dengan lagu Teman Terulung (Muzik-muzik 2008).

terus terbidas!

apa pun, aku berharap Anuar Zain dapat bertanding dalam AJL 26 kali ini. kalau Edry nak cari pengganti pun aku harap edry mencari calon yang betul2 sesuai.

tapi amatlah rugi TV3 sebab tidak dapat memujuk Anuar Zain untuk bertanding kerana pastinya ramai peminat di luar sana mahu melihat pemegang suara emas ini untuk berada di pentas Final AJL 26 nanti. ingat rating harus di tingkat! tahun ke-26 ok : )

ok la, aku rasa setakat ini sahaja review kali ini.

sekian, tq



p/s: lupa nak tanya dari mulut Anuar Zain sendiri bila terjumpa dia di Pavi hari tu hu3 dan teringat nyanyi lagu ni time malam Dinner Graduan time Konvo aku pada 30 sept 2011 di Hotel Zenith, Kuantan....walaupun pitching lari sikit...he3



Thursday, October 27, 2011

Pendam



Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta




Prasasti Jiwa:

Ini adalah single terbaru daripada Shahir setelah beliau lama berehat dan juga gosip-gosip yang tidak elok tentang beliau selain khabar angin yang mengatakan Shahir mungkin akan bersara dalam arena seni selepas ini.

Nampaknya gosip tersebut mungkin ter'batal' kerana kehadiran single terbaru dan juga music video yang telah pun di tayangkan secara rasmi oleh Astro pada bulan ini.

Lagu yang 'Pendam' ini jika di amati dan dengari lebih kurang dengan lagu 'Luar Biasa' tapi bagi aku kedua-duanya punya kekuatan masing-masing.

apa yang pasti, Shahir sudah kembali ke industri seni. Harap-harap Shahir sudah cukup sihat setelah kemalangan jatuh yang menimpa beliau sebelum ini. Bagi aku Shahir punya potensi untuk maju dalam industri seni sama seperti alumni-alumni AF yang lain seperti Stacy dan juga Hafiz.

Liahat saja lagu-lagu yang di berikan kepada Shahir, memang sesuai dengan suara Shahir sebab itulah untuk 2 tahun berturut2 Shahir berjaya melayakkan diri ke peringkat semi final AJL 25 n 26.


ok la, dengarkan lagu PENDAM ini yang bagi aku penuh misteri juga ; )



'...Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati..'


Part 1: Prebiu Semi Final Muzik-Muzik 26



Prasasti Jiwa:

Dalam 30 buah lagu yang tersenarai dan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-muzik 26 tahun ini, Lagu Awan Nano dendangan Hafiz AF dan ciptaan Datuk M.Nasir serta lirik Budi Hekayat pastinya berada dalam keadaan selesa.

Ini kerana, lagu Awan Nano ini adalah lagu yang pernah memenangi Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia di APM 2011 yang berlangsung di Singapura pada bulan July tahun ni. 

Bagi aku, ciptaan yang cukup hebat ini pastinya akan menjadi sebutan untuk merangkul Juara Anugerah Juara Lagu ke-26 tahun ini berdasarkan pencapaian yang di terima oleh lagu ini.

dan seperti biasa, apabila Sifu M.Nasir memasuki gelanggang AJL sudah tentu beliau tidak pernah pulang dengan tangan kosong contohnya AJL 1994 - Tanya sama itu Hud-hud, AJL 1997 - Ghazal Untuk Rabiah, dan AJL 1999 - Andalusia.

sudah tentunya kembalinya M.Nasir dalam persaingan kali ini membuat artis-artis dan komposer-komposer lain sedikit gentar kerana hasil karya M.Nasir sangat bermutu dan mempunyai keunikannya tersendiri.

dengar sahaja lagu Awan Nano, susunan muziknya sangat teliti dan menarik!

untuk Hafiz pula, beliau sangat beruntung kerana mendapat lagu hasil sentuhan komposer hebat Malaysia ini, jika AJL 25, ada suara-suara yang mempertikaikan Anugerah Vocal yang beliau rangkul semasa mendendangkan lagu Noktah Cinta namun untuk lagu Awan Nano ini pastinya Anugerah Vokal untuk AJL 26 kali ini juga mungkin menjadi milik beliau kerana vokal Hafiz sangat merdu menyanyikan lagu ini. Live ataupun recording tetap merdu! serius.

dan Hafiz sepatutnya hadir untuk AJL 26 ini dalam keadaaan selesa dan tenang, hanya perlu menumpukan pada kekuatan vokal sahaja kerana lagu Awan Nano sudah cukup hebat!

apa pun, keputusannya terletak di tangan juri juga akhirnya. Lihat sahaja AJL 25. keputusannya semua di luat jangkaan. 

Good Luck untuk Hafiz, M.Nasir, Budi Hekayat untuk lagu Awan Nano!

sekian, tq



Wednesday, October 26, 2011

Who You Are



Jessie J - Who You Are

I stare at my reflection in the mirrorWhy am I doing this to myself?Losing my mind on a tiny errorI nearly left the real me on the shelfNo, no, no, no, no
Don't lose it all in the blur of the starsSeeing is deceiving, dreaming is believingIt's okay not to be okaySometimes it's hard to follow your heart
Tears don't mean you're losingEverybody's bruisingJust be true to who you are
Who you are, who you are, who you areWho you are, who you are, who you areWho you are, who you are, who you are
Brushing my hair, do I look perfect?I forgot what to do to fit the mold, yeahThe more I try the less it's working, yeah, yeah, yeah'Cause everything inside me screamsNo, no, no, no, no
Don't lose it all in the blur of the starsSeeing is deceiving, dreaming is believingIt's okay not to be okaySometimes it's hard to follow your heart
But tears don't mean you're losingEverybody's bruisingThere's nothing wrong with who you are
Yes, no's, egos, fake shows like boomJust go and leave me aloneReal talk, real life, good luck, good nightWith a smile, that's my home, that's my home, noNo, no, no, no, no
Don't lose it all in the blur of the starsSeeing is deceiving, dreaming is believingIt's okay not to be okaySometimes it's hard to follow your heart
Tears don't mean you're losingEverybody's bruisingJust be true to who you areYeah, yeah, yeah

Prasasti Jiwa:
Antara Adele dan Jessie J, Jessie J terlebih dahulu mendapat perhatian aku dgn lagu Price Tag nya. Tapi bila menilai kedua-dua artis ini, mereka mempunyai kekuatan masing-masing dr segi music dan vocal.
untuk lagu di atas, ini adalah lagu ke-2 yg aku suka dr Jessie J selepas Price Tag. Sebab bila aku tgk VC dia mmg 'in mood' dalam penceritaan lagu ni.
dan apa yang ptg, lirik yg melekat dalam fikiran aku ialah "...it's ok not to be okay..."
kadang-kadang kita terlalu memikirkan kesempurnaan sedangkan kita lupa kekurangan itu juga adalah kebaikan untuk kita.
ok, itu je...layan la lagu ni..mmg superb!
sekian,tq

Tuesday, October 25, 2011

Senarai Lagu Muzik-Muzik 26 Separuh Akhir 2011




Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)
1.      Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2.      Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3.      Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4.      Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5.      Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6.      Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7.      Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8.      Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9.      Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10.    Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11.    Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12.    Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13.    Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14.    Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15.    Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16.    Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17.    Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18.    Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19.    Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20.    Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21.    Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22.    Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23.    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24.    Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25.    Aku Permata oelh Salma (Taja/Tun Teja)
26.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27.    Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28.    Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30.    Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)

Prasasti Jiwa:
Di atas adalah senarai 30 buah lagu yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 yang telah di umumkan pada hari ni.
Melihat kepada senarai pencalonan pastinya banyak lagu yang sememangnya Popular dan di ketahui oleh orang ramai. Dan kali ini juga melihatkan beberapa nama yang sememangnya 'wajib' tercalon dalam senarai artis separuh akhir seperti Stacy, Faizal Tahir, Yuna, Aizat, MUH,Sofarz, 6th sense, Hujan, Hafiz, Nubhan, Shahir & Adira. Artis-artis tersebut sentiasa tersenarai dalam  separuh akhir AJL sejak kemunculan mereka dalam industri. Ternyata mereka adalah artis-artis yang mempunyai kualiti dan populiriti yang tinggi.
Begitu juga senarai komposer dan penulis lirik, Ajai, Aubrey Suwito, Audi Mok, Faizal Tahir, Edry Abd Halim, Aizat/Anas, Taja.Tun Teja dan Noh Hujan. Sememangnya mereka-mereka ini sangat berbakat.
dan yang pastinya menarik perhatian apabila artis dan komposer senior kembali bersaing seperti Anuar Zain, Atilia, Jaclyn, Ning Baizura dan juga M.Nasir yang mempertaruhkan lagu Awan Nano yang pernah memenangi Lagu Terbaik APM 2011 dan juga Anuar Zain yang bersaing dengan membawa lagu Sedetik Lebih yang pastinya menjadi lagu yang di tunggu-tunggu kerana vocal Anuar Zain yang sentiasa memukau. 
dan seperti biasa setiap tahun pastinya akan ada artis-artis baru yang akan tersenarai seperti Najwa Latif, Salma, Shiha, Hazama,Iqa, Projek Pistol, Drama, dan Monoloque.
Audi Mok, Edry Abd Halim, 6th sense, Yuna, Taja/Tun Teja, dan Noh Hujan pastinya gembira kerana karya mereka tercalon melebihi satu pencalonan masing-masing.
peringkat separuh akhir Muzik-muzik 26 ini akan berlangsung pada 18 nov, 25 nov dan 2 Dis 2011 di Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan akan di siarkan secara langsung di TV3 setiap Jumaat pada pukul 9.00pm.



Giliran Persembahan 18 November
1. Babak Pertama (Drama)
2. Di Penghujungnya (Iqa)
3. Mata Hati (Nubhan)
4. Janji (Akim)
5. Kisah Hati (Alyah)
6. Kisah Dongeng (Stacy)
7. Gadis Semasa (Yuna)
8. Maaf Dari Hati (Sofazr)
9. Muda (Hujan)
10. Awan Nano (Hafiz)
11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah



Giliran Persembahan 25 November
1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)
2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)
3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
4. Luar Biasa (Shahir)
5. Perpisahan Ini (1st Edition feat. Aizat)
6. Cinta Teragung (Hazama)
7. Pokok (Meet Uncle Hussein feat. Nubhan)
8. Sungai Lui (Aizat)
9. Bagaikan Bidadari (Tomok)
10. Ilusi (Adira)
11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)



Giliran Persembahan 2 Disember
1. Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)
2. Penakut (Yuna)
3. Sedetik Lebih (Anuar Zain)

4. Bila Bertemumu (Shiha)
5. Cinta Matiku (Sixth Sense)
6. Karma (Faizal Tahir)
7. Menyesal (Sitxh Sense)
8. Aku Permata (Salma)
Tak sabar rasanya nak menyaksikan kesemua 30 buah lagu ni bersaing sebab lagu-lagu kali ini cukup-cukup hebat! dan rasa macam nak turun je shah alam tgk separuh akhir muzik-muzik 26 ni...he3
ok lah, nantikan ramalan serta ulasan aku terhadap 30 buah lagi ini pada entri yang akan datang. seperti biasa entri wajib tiap-tiap tahun : )
sekian. tq


*senarai lagu yg di BOLD adalah 12 lagu yg layak ke AJL 26 pada 29 Jan 2012! Tahniah semua : )

41# Prasasti Jiwa



Prasasti Jiwa:

Benar, perasaan adalah satu perkara yang sukar untuk di hapuskan! meskipun mulut kata Ya, sebenarnya hati masih kata Tidak. Apatah lagi jika perasaan itu lahir dari hati yang ikhlas.

Biarlah perasaan ini terus wujud di kepingan hati, kerana aku perlu hargai yang dulu kau pernah berada di situ. Semoga akhirnya nanti, kita akan bertemu pada yang benar memenuhi dan melengkapi hati : )

Selamat Ulang Tahun buat kamu : )

Thursday, October 20, 2011

Jetta GLI





Prasasti Jiwa:

Aku bukanlah peminat kereta sangat, tapi sejak Volkswagen ni muncul dalam 'pandangan' aku tetiba je aku minat design-design VW ni,..

Cool
Style
Smart
Simple but Nice~

seriusly aku cakap, aku jatuh cinta dengan kereta-kereta buatan VW ni...sangat menarik perhatian aku..dan untuk tahun 2012 ni VW akan mengeluarkan salah 1 kereta terbaru mereka iaitu VW JETTA GLI...

simple tapi menarik.

kalau dapat kereta Jetta ni pun aku dah cukup puas hati meskipun tak dapat VW Scoricco he3 tak silap aku harga dia dekat pasaran Malaysia nanti lebih kurang RM140k!

ehmmm...agaknya 5 tahun mendatang belum tentu boleh beli kereta ni. Ni yg semangat nak berkerja keras ni untuk kumpul duit. Tapi jadi engineer pun belum tentu dapat beli kereta ni dalam 5 tahun terdekat. kalau kerja dengan Petronas or Shell yang starting gaji rm4k ok la jugak.

xpe, akan aku pastikan 1 hari aku akan beli salah satu kereta VW ni...mmg mengidam betul... : )

sekian, tu je nk kongsi..

40# Prasasti Jiwa



Kehidupan Ibarat Cuaca
Kadang-kadang Cerah
Kadang-kadang Hujan

antara Cerah dan Hujan
ada terik dan mendung
Panas dan Sejuk

Tapi,
Bila bernasib malang
Ribut datang tanpa pernah di undang
bermacam ragam!

itulah hakikat alam
juga hakikat kehidupan
tidak pernah sunyi dari ujian
Terimalah apa jua mendatang
Anggap ianya Rezeki Tuhan : )


Wednesday, October 19, 2011

Don't You Remember



ADELE - DON'T YOU REMEMBER


When will I see you again?
You left with no goodbye, not a single word was said,
No final kiss to seal any seams,
I had no idea of the state we were in,

I know I have a fickle heart and bitterness,
And a wandering eye, and a heaviness in my head,

But don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,

When was the last time you thought of me?
Or have you completely erased me from your memory?
I often think about where I went wrong,
The more I do, the less I know,

But I know I have a fickle heart and bitterness,
And a wandering eye, and a heaviness in my head,

But don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,

Gave you the space so you could breathe,
I kept my distance so you would be free,
And hope that you find the missing piece,
To bring you back to me,

Why don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,

When will I see you again? 







Prasasti Jiwa:


Dulu aku tak berapa suka sangat dengan single pertama ADELE dpd Album ke-2 iaitu Rolling In The Deep padahal lagu ni No.1 kot kat US...he3


tapi bila aku dengar lagu Someone Like You terus jatuh cinta dgn suara dan muzik Adele...apa lagi terus download lagu2 beliau dari Album 19 & 21 : )


Dalam banyak-banyak lagu, lagu Don't You Remember tgh menusuk jiwa...best giler...!!!


untuk yang patah hati seribu tu...dgr lah lagu ni...mmg layan wei...ha3


ok...itu je
sekian~





Patah Seribu





Tajuk Lirik Lagu: Patah Seribu
Artis: Shila Amzah
Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Prasasti Jiwa:
Bangun pagi buka radio Hotfm then terdengar lagu ni, mmg dah pernah dengar tapi belum menyengat jiwa lagi, tapi pagi ni aq dgr terus masuk jiwa.
Gilerrr kenapa aku lambat menghayati lagu ni....mmg sedih gilerrr...hu3 
terasa nak nyanyi sama2 je dgn Shila Hamzah...congratz utk Shila sbb dapat compose lagu ni mmg best!
Semoga Shila terus maju k....teringat time Shila kecik2 lagi tgk dia nyanyi dekat Anugerah Era...time tu pun aku kecik jugak he3
Good Luck Shila!

p/s: suka tgk shila dekat Youtube nyanyi lagu2 org lain...sbb dia nampak cute n sweet he3

Konvokesyen ku : )




Prasasti jiwa:

Owh ya, lupa nak kongsi hari bahagia saya bersama pembaca blog Prasasti jiwa. Pada 011011 bersamaan hari Sabtu maka dengan rasminya saya  pun telah bergelar Graduan.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya tamat juga pengajian aku di Universiti Malaysia Pahang selama 4 tahun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Serius tak pernah terfikir ataupun dalam impian aku akan belajar bidang kejuruteraan. Namun inilah di namakan Takdir Tuhan. Apa aku bersyukur kerana telah pun menamatkan pengajian aku.

Ini adalah kejayaan buat seluruh keluargaku walaupun hari bahagia ini tidak dapat di kongsi bersama arwah ayah yang tercinta namun ianya tidak menjadi penghalang untuk terus berjaya di masa hadapan.

Itu je nak di kongsi setakat ni.

sekian : )

Saturday, October 8, 2011

39# Prasasti Jiwa

Kalau bisa di patah-patahkan semangat secara zahir
Sudah lama aku lunyaikan
Akan aku musnahkan asas semangat
kerana aku sudah lelah,penat dan letih

Ini rupanya harga sebuah Realiti
Ku sangka mudah rupanya payah
Menara gading masih bukan penjamin
Tiket untuk pintu Kejayaan

Adakah benar Realiti kini kejam
atau kelemahan diri mencari ruang
Kini aku berdepan dengan kekeliruan dunia
yang penuh simpang-siurnya

Aku hanya bisa menyeru
Semangat untuk menguatkan sendi-sendi
agar yang longgar di ketatkan
yang lopong di isikan

Semoga Tuhan tidak memanjangan Ujian ini

Amin


Friday, October 7, 2011

Cinta Harus Memiliki




Anuar Zain - Cinta Harus Memiliki

Sejauh ku Berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan

Sekuat ku mencuba
melupakanmu kasih
lalu mengapa ku tak sanggup

Adakah waktu tak berpihak
atau memang sudah jalannya
untuk kita terpisah selamanya

Ku tak percaya kita
terpisah karena berbeda
lalu ke mana kan ku cari

Ku tak percaya kata
cinta tak harus memiliki
lalu mengapa
hati terasa sakit

Sekeras ku berfikir
mencari alasannya
semakin jatuh ku terluka


Prasasti Jiwa:

Lagu ini adalah lagu terbaru dari Album terbaru Anuar Zain 2011. serius lagu ini memang menusuk kalbu. bisa nangis setiap kali dengar...owh Tuhan mengapa di seksa jiwa dan batin ku...hu3

Adakah selamanya aku kan memuja cintamu?
Tuhan lepaskan aku dari cengkaman rindu
leraikan jiwa dari ikatan kasihnya dulu
Biar aku jalani hidup ini sendiri~





Popular Posts

Popular Posts since May 2010