Saturday, October 8, 2011

39# Prasasti Jiwa

Kalau bisa di patah-patahkan semangat secara zahir
Sudah lama aku lunyaikan
Akan aku musnahkan asas semangat
kerana aku sudah lelah,penat dan letih

Ini rupanya harga sebuah Realiti
Ku sangka mudah rupanya payah
Menara gading masih bukan penjamin
Tiket untuk pintu Kejayaan

Adakah benar Realiti kini kejam
atau kelemahan diri mencari ruang
Kini aku berdepan dengan kekeliruan dunia
yang penuh simpang-siurnya

Aku hanya bisa menyeru
Semangat untuk menguatkan sendi-sendi
agar yang longgar di ketatkan
yang lopong di isikan

Semoga Tuhan tidak memanjangan Ujian ini

Amin


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010