Thursday, October 27, 2011

Part 1: Prebiu Semi Final Muzik-Muzik 26



Prasasti Jiwa:

Dalam 30 buah lagu yang tersenarai dan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-muzik 26 tahun ini, Lagu Awan Nano dendangan Hafiz AF dan ciptaan Datuk M.Nasir serta lirik Budi Hekayat pastinya berada dalam keadaan selesa.

Ini kerana, lagu Awan Nano ini adalah lagu yang pernah memenangi Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia di APM 2011 yang berlangsung di Singapura pada bulan July tahun ni. 

Bagi aku, ciptaan yang cukup hebat ini pastinya akan menjadi sebutan untuk merangkul Juara Anugerah Juara Lagu ke-26 tahun ini berdasarkan pencapaian yang di terima oleh lagu ini.

dan seperti biasa, apabila Sifu M.Nasir memasuki gelanggang AJL sudah tentu beliau tidak pernah pulang dengan tangan kosong contohnya AJL 1994 - Tanya sama itu Hud-hud, AJL 1997 - Ghazal Untuk Rabiah, dan AJL 1999 - Andalusia.

sudah tentunya kembalinya M.Nasir dalam persaingan kali ini membuat artis-artis dan komposer-komposer lain sedikit gentar kerana hasil karya M.Nasir sangat bermutu dan mempunyai keunikannya tersendiri.

dengar sahaja lagu Awan Nano, susunan muziknya sangat teliti dan menarik!

untuk Hafiz pula, beliau sangat beruntung kerana mendapat lagu hasil sentuhan komposer hebat Malaysia ini, jika AJL 25, ada suara-suara yang mempertikaikan Anugerah Vocal yang beliau rangkul semasa mendendangkan lagu Noktah Cinta namun untuk lagu Awan Nano ini pastinya Anugerah Vokal untuk AJL 26 kali ini juga mungkin menjadi milik beliau kerana vokal Hafiz sangat merdu menyanyikan lagu ini. Live ataupun recording tetap merdu! serius.

dan Hafiz sepatutnya hadir untuk AJL 26 ini dalam keadaaan selesa dan tenang, hanya perlu menumpukan pada kekuatan vokal sahaja kerana lagu Awan Nano sudah cukup hebat!

apa pun, keputusannya terletak di tangan juri juga akhirnya. Lihat sahaja AJL 25. keputusannya semua di luat jangkaan. 

Good Luck untuk Hafiz, M.Nasir, Budi Hekayat untuk lagu Awan Nano!

sekian, tq



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010