Saturday, October 29, 2011

Part 2: Prebiu Semi Final Muzik-Muzik 26



Prasasti Jiwa:

Di sebabkan ramai juga yang membaca Part 1: Prebiu Semi Final Muzik-Muzik 26, maka aku sedikit bersemangat untuk meneruskan prebiu Semi Final Muzik-muzik 26.

Kali ini, aku suka untuk membuat review tentang lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar zain dan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abd Halim.

Dalam banyak-banyak lagu, selepas lagu Awan Nano nyanyian Hafiz, Lagu Sedetik Lebih aku letakkan sebagai pesaing terkuat kepada Lagu Awan Nano. Setahu aku rakaman lagu Sedetik Lebih ini di rakam secara okestra sebab itu jika anda hayati muziknya sangat sedap dan tersusun.

lagu Sedetik Lebih ini yang menjadi ost utk Filem Hikayat Merong Mahawangsa telah mengangkat Anuar Zain tercalon semula dalam Anugerah Industri Muzik 2011 tahun ini dalam kategori Vocal Lelaki Terbaik.

dan ironinya apabila Lagu Sedetik Lebih ini telah pun meng'gelap'kan Single pertama dari Album Anuar Zain iaitu Ku Berjanji Karna Cinta yang aku rasa sebenarnya juga antara lagu terbaik dalam Album terbaru Anuar Zain yang telah berada di pasaran sejak bulan lepas.

dan kemuncak kehebatan lagu ini apabila Anuar Zain menyanyikan lagu Sedetik Lebih di kesemua Acara ataupun Majlis-majlis besar terutamanya yang mendapat perhatian ialah apabila membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang mana beliau telah mendapat respon positif daripada peminat-peminat beliau dan telah pun menjadi 'in trends' di twiteer respon terhadap persembahan meletop Anuar Zain di ABPBH 2010.

Siapa yang tidak mengenali Anuar Zain yang mempunyai suara yang merdu sebab itu beliau pernah merangkul Anugerah Vokal Terbaik di AIM 99 & AIM 2003 dan berharap tahun ini beliau juga mampu merangkul kembali anugerah tersebut melalui lagu Sedetik Lebih.

itu serba sedikit tentang Anuar Zain.

namun sayangnya, gosip yang bertebaran sejak dua menjak ini apabila khabar angin mengatakan Anuar Zain menarik diri daripada menyertai Separuh Akhir Muzik-Muzik 26!

Mungkin ramai peminat terutamanya peminat lagu ini dan juga peminat setia Anuar Zain agak terkilan dengan berita ini kerana pastinya tiada siapa yang layak untuk membawa lagu ini selain tuan punya badan sendiri iaitu Anuar Zain.

kerana lagu ini bagi aku hanya akan bernyawa dan kuat apabila Anuar Zain yang menyanyikannya. Bagilah kepada siapa pun yang menyanyi, setakat ini bagi aku hanya beliau sahaja yang mampu membawakan lagu ini dengan baik.

tapi, kes seperti ini sudah pernah berlaku di AJL apabila artis lain yang menyanyikan lagu artis lain. kerana kita harus ingat AJL bukanlah mempertandingkan artis tetiba mengangkat lagu tersebut.

bagi aku, tersangat rugi Anuar Zain menarik diri, sebab dengan lagu ini sajalah beliau mampu untuk pergi jauh dalam AJL kali ini. tengok-tengok Anugerah Vokal terbaik bakal menjadi milik belaiu bersaing dengan Hafiz juga.

namun, apakan daya, tuan punya badan tidak mahu bertanding. tapi aku nak bidas satu perkara iaitu komen Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studio iaitu Encik Fadzliniza Zakaria mengatakan:-

“Bagi kami, dia sebenarnya bukan tarik diri, tapi mengenali Anuar Zain, dia seorang yang memang tidak suka untuk masuk dalam sesebuah pertandingan. Kami tak mahu komen lebih lagi, jika nak tahu lanjut kena tanya beliau sendiri. Apa-apapun, kami dah serahkan hal ini kepada pihak KRU untuk menentukannya.”

motif Anuar Zain tidak suka masuk pertandingan sebegini??? setahu aku dia pernah je masuk Final AJL 1998 - Bila Resah kategori Pop Rock, AJL 2003 - Keabadian Cinta kategori Balada, AJL 2004 - Semua Untukmu, dan separuh akhir muzik-muzik dengan lagu Teman Terulung (Muzik-muzik 2008).

terus terbidas!

apa pun, aku berharap Anuar Zain dapat bertanding dalam AJL 26 kali ini. kalau Edry nak cari pengganti pun aku harap edry mencari calon yang betul2 sesuai.

tapi amatlah rugi TV3 sebab tidak dapat memujuk Anuar Zain untuk bertanding kerana pastinya ramai peminat di luar sana mahu melihat pemegang suara emas ini untuk berada di pentas Final AJL 26 nanti. ingat rating harus di tingkat! tahun ke-26 ok : )

ok la, aku rasa setakat ini sahaja review kali ini.

sekian, tq



p/s: lupa nak tanya dari mulut Anuar Zain sendiri bila terjumpa dia di Pavi hari tu hu3 dan teringat nyanyi lagu ni time malam Dinner Graduan time Konvo aku pada 30 sept 2011 di Hotel Zenith, Kuantan....walaupun pitching lari sikit...he3



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010