Sunday, December 4, 2011

Part 1: Prebiu AJL 26



Prasasti Jiwa:

Akhirnya semua persoalan dan teka-teki serta kontroversi tentang siapakah yang bakal dan layak untuk menggantikan Anuar Zain untuk bertanding di Separuh Akhir Muzik-muzik ke-26 akhinya telah terjawab.

dan sememangnya pilihan pemilik lagu ini memilih Jaclyn Victor untuk menyanyikan Lagu Terbaik 2011 ini adalah satu pilihan yang tepat.

Jaclyn telah menyanyikan lagu tersebut dengan gaya beliau yang tersendiri dan sangat best bagi pendapat akulah. Mungkin ada yg lebih gemar jika Anuar Zain menyanyikan lagu ini untuk pertandingan sebesar AJL tapi kita juga perlu menerima keputusan Anuar Zain untuk tidak mahu bertanding.

namun, Tahukah anda Anuar Zain pernah terkucil ketika bertanding di AJL 19 dengan lagu Keabadian Cinta

Ini adalah video tersebut:



jika anda dengar di minit 3.13 anda pasti akan boleh buat kesimpulan mengapa Anuar Zain tekad untuk tidak mahu bertanding di Anugerah yang gah seperti AJL ini.

kerana kita tahu Anuar Zain adalah antara artis yang sangat menjaga kualiti persembahan beliau. Mungkin ada yang akan berkata Anuar Zain penakut. tapi faktanya selepas AJL 19 ini Anuar Zain jugak tetap memasuki AJL 2004 yang mana turut layak ke peringkat Akhir dengan lagu Semua Untukmu. So andaian ini juga boleh di tolak ke tepi

tapi bagi aku, artis senior dan semahal Anuar Zain ini mungkin tidak memandang ianya sebagai satu kerugian besar dalam karier beliau lagi pun lebih baik beri kepada artis-artis muda yang perlukan publisiti dan pendedahan.

bak kata orang artis senior perlu beri peluang artis junior untuk menyerlah...lagi pun Anuar Zain punya standard sendiri kan...

apa pun pada aku, lagu Sedetik Lebih ini telah meletakkan nama Anuar Zain berada pada satu tahap yang cukup tinggi apabila merangkul pelbagai Anugerah dalam industri hiburan tanah air dalam waktu yang singkat.

kata orang, sesedap mana pun muzik itu tanpa sokongan vocal yang hebat tak sedap juga kan...

Tahniah buat Anuar Zain atas kejayaan berganda ini dan tak hairan jika lagu Sedetik Lebih mendapat tempat untuk AJL 26 nanti...!

Mungkin Anuar Zain punya pendirian sendiri mengapa tidak mahu bertanding untuk AJL kali ini.

yang pasti saingan sengit antara Sedetik Lebih, Awan Nano dan juga Penakut!

nantikan tarikh keramat 29  Jan 2012 yang bakal menobatkan satu lagi lagu terbaik bagi tahun 2011.

sekian.

terima kasih kerana membaca : )


1 pengkritk ceritera duniaku:

SSS Admin said...

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) amat berbangga dan berterima kasih di atas sokongan Tuan/Puan.

Kami percaya bahawa sokongan Tuan/Puan masih lagi berterusan walaupun kami dapati laman citra Tuan/Puan tidak lagi memaparkan logo SSS sebagai tanda sokongan. Walaupun begitu, kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih di atas sokongan Tuan/Puan selama ini.

Kami sedang mengemaskinikan senarai e-Patriot kami dan amat berharap sekiranya Tuan/Puan dapat menghubungi kami melalui emel ataupun meninggalkan catatan di laman SSS (halaman e-Patriot), secepat mungkin, sekiranya maklumat kami ini tersilap ataupun Tuan/Puan memaparkan semula logo SSS di laman citra Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

emel kami : satusekolah@gmail.com

laman web kami : http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

"SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA"

Admin SSS

Popular Posts

Popular Posts since May 2010