Friday, December 16, 2011

Part 2: Prebiu AJL 26



Prasasti Jiwa:

Ramai yang sudah  mengetahui senarai 12 lagu terbaik yang bakal bersaing dalam Anugerah berprestij iaitu AJL 26 yang bakal berlangsung pada 29 Jan 2012.

dalam senarai 12 lagu tersebut ada suara-suara yang tidak berpuas hati kerana artis muda iaitu Najwa Latif yang mempertaruhkan lagu Cinta Muka Buku layak untuk bertanding ke peringkat akhir lantas menidakkan peluang beberapa lagu yang lebih 'popular' dan 'bagus'.

pada awalnya aku juga menidakkan kejayaan artis muda ini ke peringkat akhir, kerana bagi aku ada beberapa lagu yang lebih layak untuk tersenarai dalam 12 lagu terbaik untuk AL 26.

namun melihat dan menilai kembali lagu ini serta bakat besar yang di miliki oleh Najwa Latif membuat aku 'terpaksa' bersetuju atas keputusan juri untuk separuh akhir yang di ketuai oleh Azhar Borhan.

Kata Azhar lagu Cinta Muka Buku menempahkan diri ke peringkat akhir di sebabkan lagu ini yang ringkas dan catchy. Memang ada betulnya juga. Mengambil contoh lagu Keliru nyanyian duet Ajai dan Nurul yang mana pernah menjuarai AJL juga mempunyai elemen sama dengan lagu Cinta Muka Buku iaitu ringkas dan catchy.

Siapa tahu, kejutan bakal berlaku sekali lagi seperti tahun lepas apabila lagu 'underdog' iaitu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali di angkat menjadi Juara AJL.

Apa yang pasti, kelahiran artis muda seperti Najwa Latif menunjukkan perkembangan positif dalam Industri Muzik Tanah Air. Sememangnya kita memang memerlukan artis muda berbakat seperti Najwa.

Dengar saja lagu-lagu baru beliau, simple dan sedap di dengar. seperti Kosong, I Love You, Sahabat dan Carta Hati yang kini tengah hits di corong-corong radio sekarang.

tak percaya? boleh pergi dengar dekat Youtube sekarang.

Semoga Najwa Latif berjaya mempersembahkan lagu Cinta Muka Buku dengan baik di pentas Final nanti. Hanya satu nasihat buat Najwa Latif untuk pergi ke kelas Vocal untuk meningkatkan mutu vocal beliau. Ya lah ramai yang juga komen pasal vocal Najwa ini kureng sikit.

itu je, All da best buat Najwa Latif...walauapapun anda sememangnya berbakat!

Sekian.





1 pengkritk ceritera duniaku:

Aku si penulis blog ini said...

najwa latif not bad..i like carta hati since tha 1st time i heard dat song..nice...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010