Friday, March 30, 2012


Assalamualaikum & Salam Jumaat.

Agak lama tidak menulis di alam maya, sejak dua menjak ni hati sudah tidak ada rasa mahu menukir kata-kata bagi berkongsi setiap inci jiwa. Bukan merajuk mahupun membawa diri. Cuma masa terlalu cemburu dan kesibukan menguasai kehidupan.

Mungkin juga, hidup masih mencari kestabilan kerjaya, menyebabkan setiap perkara yang di fikirkan tidak penting di tolak ke tepi. (buan bermaksud memblogging adalah membazir masa, cuma masa tidak mengizinkan).

terlalu banyak untuk di kongsi, tapi biarlah satu persatu. kerana aku percaya ke sini juga akan aku mengadu. kepada anda yang sudi membaca.

sejak dua menjak ni juga, aku terfikir untuk kembali aktif di blog. lagi-lagi sejak boleh menuntut beberapa RM dari Nuffnang dan juga Pilihan Raya ke-13 yang semakin dekat (percayakah anda yang blog ini pada awalnya sangat aktif bercerita tentang Politik semasa ketika dan selepas PRU 12 pada tahun 2008).

bukan itu saja, di ruang-ruang minda ini juga ada terfikir untuk menghasilkan sebuah Novel. Terlalu banyak idea berlegar-legar di minda, sayang jika tidak menghasilkan sesuatu. sekurang-kurangnya memeriahkan industri buku di Malaysia. (meskipun statistik pembaca buku di Malaysia masih berada pada tahap lemah).

aku percaya, karya yang baik pasti akan mendapat tempat jika ikhlas dan jujur menghasilkannya.

dan jika anda perasan sejak akhir-akhir ini, aku lebih suka menge'post' lagu/lirik ataupun puisi hati kerana itu juga bagi aku salah satu 'luahan' isi hati yang boleh di kongsi dari perspektif begitu.

kerana perasaan adalah benda subjektif yang sebenarnya sukar untuk di zahirkan melaikan dengan kata-kata : )

ok lah, sampai di sini saja.

berjumpa lagi nanti.



p/s: Semoga setiap jiwa-jiwa dari kita, punya secebis rasa untuk saling sayang-menyayang!

Popular Posts

Popular Posts since May 2010