Tuesday, July 31, 2012

Teman Pengganti



Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Prasasti Jiwa:


Ok, lagu ni aku dengar time kepala tengah pening selepas tidur sekejap ketika waktu rehat (kerja). Time tu memang aku dengar radio melalui mp3 aku. Dan lagu ni pun berkumandang. dalam hati, ok ini lagu baru.
klasik permulaan lagu ini. aku terus tersedar sedikit dan mendengar.
tekaan aku tepat. vokal suara lelaki ni adalah Black. kemudian ada rapper pulak. sah ini memang lagu baru Malique.
Owh tuhan, otak kreatif apakah yang kau anugerahkan pada hambaMu bernama Malique ini? Beliau sangat hebat dalam penulisan lirik dan lagu. 
Lagu-lagu dari Malique memang semuanya berkualiti!
Semoga Malique terus berjaya dan menghasilkan lagu-lagu yang lebih bagus di kemudian hari : )

p/s: banyak-banyak rappers di Malaysia, aku paling admire ini orang! Malique : )

Friday, July 27, 2012

How Quran Changed The World






Prasasti Jiwa:

Video ini aku terjumpa di Facebook ketika melihat status dan post daripada rakan-rakan FB. Maka aku terbaca satu post dari rakan FB tentang video ini. Seorang ustaz berbangsa cina dan beragama islam daripada Malaysia menyampaikan ceramahnya di Dubai International Peace Convention 2010.

Nama Beliau ialah Hussein Yee.

Serius. Dengar dan lihat. Lagi-lagi di bulan yang mulia ini ada baiknya kita mendengar ceramah sebegini : ) apatah lagi tajuk ceramah ni "How Quran Changed The World". Menarik!

Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah kita. Ternyata Al-quran penuh dengan mukjizat. Sang Pentunjuk Jalan yang tidak pernah tersesat juga tidak pernah memungkiri janji. Bacalah ia selagi kita mampu untuk melihat dan berucap, kelak ia menjadi teman setia di akhir sana : )


p/s: satu soalan yang menarik dalam video ni, apabila seorang penonton memberi soalan kepada Sheikh Hussien Ye berbunyi ; "kenapa Allah mengadakan Hari Pengadilan, sedangkan Dia sudah tahu amal kita sepnajang kita hidup? Allah boleh saja meletakkan kita terus ke Syurga ataupun Neraka?" Jawapanya ada dalam video ini : )




Doaku




Lufya - 'Doaku'

Ya Allah hanya padamu ku bersujud
matikan lah aku dalam keimanan
ya allah hanya padamu ku memohon
kurniakanlah kebahagiaan di akhirat
jauh dan lindungi aku dari kejahatan dunia
manusia yang sering alpa
mengejar kemewahan dunia

ku tahu suatu hari akan tiba
waktu untuk aku pergi menghadapmu
Ya Allah berikan aku kesempatan
dalam sisa waktu ini untuk aku bertaubat

sesungguhnya aku berdoa
agama umat sekian alam
ampunilah dosa-dosa kami
oh ya Allah

pancarkan cahaya kepada seluruh anggotaku
mataku telingaku hatiku seluruh anggotaku

ya Allah kabulkan doa-doa hamba
jantungku bergoncang mendengar kalimahmu


composer: lufya omar
lyricist: abie abdullah / lufya omar
arrangment by: rafikoncept





Prasasti Jiwa:


Assalamualaikum..Salam Jumaat & Ramadhan ke-7. Semoga amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini di terima Ilahi. Amin


Lagu ketuhanan yang seterusnya nak bagi anda semua dengar ialah lagu daripada kelahiran AF iaitu Lufya. Tajuk lagu berjudul Doaku.


Rasanya lagu ni sudah berada di Youtube tahun lepas. Aku mula dengar pun bila tertarik dengan lagu Diam single daripada Lufya juga. Tak sangka terjumpa pula lagu Doaku ini.


Serius, tak sangka Lufya boleh buat lagu Doaku ni. Sebab muzik, lirik dan vokal Lufya sangat bagus. Bila mula dengar lagu ni, terus ter'getar' jiwa.


Sesuai la, lagu ni di dengari ketika bulan Ramadhan ni. Sejuk sikit hati kan : )


ok la, selamat mendengar~



Thursday, July 26, 2012

Ajari Aku





Anuar Zain - Ajari Aku
Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu


Prasasti Jiwa:

Kepada mereka-mereka yang tidak memilik lagi Album terbaru dari Anuar Zain ni, mesti pertama kali dengar lagu ini.

Masa mula-mula review album Anuar ni mmg lagu ni yang mula-mula melekat kat dalam hati. Memang best! Nasib baik lagu ni di jadikan ost untuk filem pengarah termuda iaitu Syafiq Yusof. Filem S.A.M.

aku tak teruja pun nak tengok filem ni, walaupun jalan cerita macam menarik then pelakon dia pun ok ( Lisa & Sam ) tapi aku lebih tertarik dengan terhasilnya video klip terbaru Anuar ni.

Mungkin MV ni tak sehebat MV untuk Sedetik Lebih. Sah-sah la kan. tapi yang penting mesti lagu ni akan keluar di corong-corong radio lepas ni. yea~

So, lepas ni Anuar confirm dengar radio dah lepas lagu beliau di pusing di radio he3

apa-apa pun. enjoy this song.



Sinar Ini






Yassin & Maya Karin - Sinar Ini


kumenatap langit, dari jendela,
di celah awan, bima suria.
ku merasakan Mu.
ku rasa kasih yang lindungi ku.

seakan aku dengar Dikau berkata
lalu dalam diam kita berbicara
ku senyum padaNya, dan seraya ku kata;

bahagia yang sempurna perlukan lagi sikit masa.
(dan) kutetap bahagia di sisi yang Kau pasti mana.

Kau semestinya, yang terakhirnya
ku luah rasa sebelum ku terlena
pada impian ku, dan yang Kau mahu, kerana;

dugaan ini hampir aku atasi.
dan kau pun tabah selama ini bagai pasti
di sebalik menanti, bahagia mengiringi sinar ini.





Prasasti Jiwa:

Lupa nak post entri ni semalam, ehmmm nak kongsi lagu seterusnya daripada Yassin & Maya Karin.


Agak lama juga dua artis ini tidak keluar dgn lagu terbaru mereka, mungkin kedua-duanya sibuk dengan komitmen lain. Tapi dengan keluarnya lagu duet mereka berdua ini sekurang-kurangnya terubat juga rindu peminat mereka.


untuk lagu ni, aku masih lagi belum dengar sangat...tapi ok lah.


tak banyak nak komen...dengar saja la ya...


Salam Ramadhan ke-6 : )

Tuesday, July 24, 2012

AdaMu




Najwa Latif - AdaMU 

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)


Prasasti Jiwa:

Sempena bulan yang mulia ini, mungkin ramai di antara kita akan cuba untuk menjadi yang terbaik di mata Tuhan dan mungkin juga ada yang buat tak tahu.

ok kita abaikan orang seperti itu.

apa pun kali ini, nak kongsi lagu terbaru daripada artis muda yang cukup berbakat iaitu Najwa Latif. Sempena Ramadhan ini, Najwa telah pun secara rasmi melancarkan single lagu Ketuhanan pertamanya iaitu AdaMu.

tak perlu rasa prejudis, cuma hayati lirik dan melodi. 

ya, mungkin muzik dan lirik serta vokal Najwa akan kedengaran klise, tapi aku cukup kagum dengan semangat Najwa untuk terus berkarya meskipun berjuta tohmahan di terima.

apa pun, semoga Najwa terus berjaya dalam bidang nyanyian serta selamat berjaya menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Pelajaran perlu di utamakan : )

Selamat Mendengar dan Salam Ramadhan ke 4.



p/s: aku juga pernah kutuk ini budak! ha3

Friday, July 20, 2012

Belangkasuwa


Gambar: Ini adalah gambar kenangan bersama arwah selepas balik dari rumah terbuka di rumah arwah.



Prasasti Jiwa:

Hari ini aku mendapat berita yang sangat mengejutkan, apabila salah seorang junior kebudayaan aku ketika menuntut di Universiti Malaysia Pahang telah di jemput Ilahi kerana terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu Hitam,Kuantan malam semalam.

Berita ini benar-benar mengejutkan aku. semua perasaan sedih bercampur-baur. Namun, hanya sedekah Al-Fatihah dan sekeping doa, agar roh beliau di letakkan dalam golongan orang-orang yang beriman mampu di berikan.

Sungguh, arwah adalah orang yang sangat baik!

Arwah akan di kebumikan hari ini selepas solat Jumaat. Semoga keluarga arwah menerima takdir Ilahi ini dengan tabah, apatah lagi esok semua umat islam akan menjalani bulan Ramadhan.

Ternyata, Hidup di dunia bukanlah untuk selamanya, Dia akan menjemput hambaNya bila-bila masa saja tanpa mengira usia. Maka, bersiap-siagalah agar tiada penyesal di akhirat kelak.

Al-Fatihah~


Aku Yang Berdosa




Lirik Lagu: Aku Yang Berdosa - Shahir 

Sejauh mana langkah ku di sana

Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku

Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta

Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa

Ku tebus kepadamu

Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa

Biarku bersujud

Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta

Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa

Ku tebus kepadamu

Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa

Biarku bersujud

Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa

Ku tebus kepadamu

Atas dosaku

Ya Allah hina terasa

Biarku bersujud

Untuk ke syurgaMu



Prasasti Jiwa:

agak lama jugak tak post pasal lagu-lagu baru ni kan, nah sempena Ramadhan yang bakal menjelma esok, apa kata dengarkan Single terbaru daripada Shahir yg tengah galak di pasang di radio-radio tempatan.

Biar sejuk sikit hati tu dengar lagu ni. : )

Selamat berpuasa~

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan 1433



May this hold month [of Ramadhan] strengthen your Imaan, erase your sins, purify your heart, [and] bring you happiness.


buat kamu semua, Selamat menjalani Ibadah puasa. Semoga Tuhan memberikan sejuta Rahmat buat kita semua.


Mari menuju Ke jalanNya~







48# Prasasti Jiwa



Prasasti Jiwa;

Sesaat
Sejam
Sehari
Sebulan
Setahun
mahupun Seabad.

selagi Setia masih wujud dalam kamus hidup.
selagi itu aku setia menunggu~

47# Prasasti Jiwa



Prasasti Jiwa:

...namun sampai bilakah harus menanti dan terus menanti.

sabar~

Tuhan sedang 'menaip' skrip cinta untukMu.

Tuesday, July 17, 2012

46# Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

...benar..kadang-kadang yang terluah di sudut maya ini tidak pernah seia-sekata dengan Realiti! Kerana hakikat Maya dan Realiti tidak pernah menjadi 'kembar' dalam nyata.

sebabnya hati itu penuh dengan Rahsia yang tidak pernah kita tahu mana penghujungnya...

dan ternyata sehingga ke hari ini...cintaku padanya masih utuh meskipun terkadang 'curang' dan 'mungkir janji'...namun itu bukan kehendak jiwa.

aku cuba kembali...untuk menagih kasih lalu...kerana Cinta itu masih terletak kemas dalam hati!

Semoga Tuhan merestui 'perjuangan' kali ini...

meskipun dalam hati...bisakah Sejarah lalu di ulang cerita..ataupun perlunya cerita baru untuk di jalani...owh ya..itu bukan kerja kita...itu kerja Tuhan!

sekian.

Monday, July 16, 2012

45# Prasasti Jiwa

...aku rindu pada jari-jemari yang dulunya 'betah' berkata-kata,
rajin menuturkan rasa jiwa,
meluahkan rasa isi hati yang terpendam.

Suka,
Marah,
Benci,
Bahagia.

Kalau boleh setiap zarah rasa jiwa,
semuanya mahu di luah,
di kongsi cerita...

Biar yang terpendam dan tersemat di jiwa,
tidak menjadi rahsia,
kerana itu adalah kepuasan,

mungkin Rindu ini datang hanya sekejap cuma,
hanya bertanya khabar?
sehat?

Alhamdulillah.
Tuhan masih tidak lokek untuk memberi Oksigen!

Aku juga rindu pada kalian,
yang masih setia,
meski diri ini kadang-kadang di 'mati'kan dek kesibukan dunia.

andai bisa di pinjamkan semula roh yang dulu,
pasti janji dulu akan di kota.

namun sayangnya,
kita hanyalah di beri jawatan untuk me'rancang',
bukan untuk me'lulus'kan.

semoga Dia masih sudi,
meminjam sedikit masaNya.

Jumpa lagi : )

Popular Posts

Popular Posts since May 2010