Tuesday, July 24, 2012

AdaMu




Najwa Latif - AdaMU 

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)


Prasasti Jiwa:

Sempena bulan yang mulia ini, mungkin ramai di antara kita akan cuba untuk menjadi yang terbaik di mata Tuhan dan mungkin juga ada yang buat tak tahu.

ok kita abaikan orang seperti itu.

apa pun kali ini, nak kongsi lagu terbaru daripada artis muda yang cukup berbakat iaitu Najwa Latif. Sempena Ramadhan ini, Najwa telah pun secara rasmi melancarkan single lagu Ketuhanan pertamanya iaitu AdaMu.

tak perlu rasa prejudis, cuma hayati lirik dan melodi. 

ya, mungkin muzik dan lirik serta vokal Najwa akan kedengaran klise, tapi aku cukup kagum dengan semangat Najwa untuk terus berkarya meskipun berjuta tohmahan di terima.

apa pun, semoga Najwa terus berjaya dalam bidang nyanyian serta selamat berjaya menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Pelajaran perlu di utamakan : )

Selamat Mendengar dan Salam Ramadhan ke 4.



p/s: aku juga pernah kutuk ini budak! ha3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010