Friday, July 27, 2012

Doaku




Lufya - 'Doaku'

Ya Allah hanya padamu ku bersujud
matikan lah aku dalam keimanan
ya allah hanya padamu ku memohon
kurniakanlah kebahagiaan di akhirat
jauh dan lindungi aku dari kejahatan dunia
manusia yang sering alpa
mengejar kemewahan dunia

ku tahu suatu hari akan tiba
waktu untuk aku pergi menghadapmu
Ya Allah berikan aku kesempatan
dalam sisa waktu ini untuk aku bertaubat

sesungguhnya aku berdoa
agama umat sekian alam
ampunilah dosa-dosa kami
oh ya Allah

pancarkan cahaya kepada seluruh anggotaku
mataku telingaku hatiku seluruh anggotaku

ya Allah kabulkan doa-doa hamba
jantungku bergoncang mendengar kalimahmu


composer: lufya omar
lyricist: abie abdullah / lufya omar
arrangment by: rafikoncept





Prasasti Jiwa:


Assalamualaikum..Salam Jumaat & Ramadhan ke-7. Semoga amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini di terima Ilahi. Amin


Lagu ketuhanan yang seterusnya nak bagi anda semua dengar ialah lagu daripada kelahiran AF iaitu Lufya. Tajuk lagu berjudul Doaku.


Rasanya lagu ni sudah berada di Youtube tahun lepas. Aku mula dengar pun bila tertarik dengan lagu Diam single daripada Lufya juga. Tak sangka terjumpa pula lagu Doaku ini.


Serius, tak sangka Lufya boleh buat lagu Doaku ni. Sebab muzik, lirik dan vokal Lufya sangat bagus. Bila mula dengar lagu ni, terus ter'getar' jiwa.


Sesuai la, lagu ni di dengari ketika bulan Ramadhan ni. Sejuk sikit hati kan : )


ok la, selamat mendengar~



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010