Thursday, August 16, 2012

bersyukurlah atas nikmatNya



Prasasti Jiwa;

Mungkin agak lama kita tidak di sajikan dengan iklan-iklan raya yang menyentuh jiwa kita. Jika sebelum ini, pasti ada iklan yang akan menyentapkan jiwa kita.

dan tahun ini, nasib baik ada juga iklan yang menarik perhatian ramai dari kita iaitu iklan raya daripada Bernas. Sangat menyentuh jiwa. Tak percaya anda boleh saksikan sendiri.

pagi tadi, #amkrew di radio Hot fm telah menjemput 2 pelakon cilik yang berlakon dalam iklan Bernas tersebut iaitu adik fizi n adik Ahmad. Mereka berdua berkongsi cerita pengalaman mereka berlakon untuk pertama kali.

aku ni bukan boleh tengok mereka-mereka yang kurang upaya ni mengharungi hidup, apatah lagi keluarga yang menanggungnya. pasti jiwa akan terkocak sedih melihatnya. tapi yang menanggung mungkin lagi berat menghadapinya.

dan sudah pasti ramai pendengar yang tertarik dan menelefon untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. yang paling menyentuh hati bila ada seorang pendengar yang menelefon bercerita yang rupa arwah adiknya serupa dengan adik Ahmad. Saat itu aku yang mendengar juga turut sedih.

Tapi, tak sangka ada juga pemanggil dari Sabah, beliau seorang doktor yang sudi untuk menawarkan rawatan kepada dua orang adik ini. Alhamdulillah, sememangnya rakyat Malaysia sangat pemurah. Semoga adik fizi dan ahmad akan bertambah baik.

Sebenarnya, banyak nila-nilai yang cuba di angkat daripada iklan ini. Namun perkara pertama yang perlu kita sedari ialah erti Syukur dalam hidup. Ianya adalah perkara asas yang perlu untuk kita semua angkat.

hanya kerana Syukur kita akan merasai Dunia ini sangat Adil dan juga menerima apa jua takdir yang Tuhan berikan. Benarlah, untuk menilai syukur dalam diri ini jangan pernah mendongak melihat Langit, kerana sememangnya Bintang itu tidak mungkin dapat kita gapai dek kerana Tuhan tidak pernah menganugerahkan sayap untuk kita terbang.

Berpijaklah pada bumi yang nyata.

Andai hari ini, kita punya segalanya, jangan cepat bermegah. Ingat sebenarnya Tuhan juga sedang menguji kita dengan kesenangan.

Andai hari ini, kita masih punya kedua ibubapa, hargailah mereka sebelum Tuhan mahukan mereka. Jangan sampai mereka sudah dijemputNya, saat itu baru kita menyesali. sudah terlewat.

Mungkin bagi mereka yang belum kehilangan pasti tidak merasai lagi perasaan itu, bagi aku yang sudah kehilangan Ayah tercinta, pasti merasa kekurangan kasih apatah lagi di hari raya yang mulia.

Semoga tiap-tiap jiwa kita, punya rasa belas kasih sayang sesama insan. Kerana Tuhan itu sayang akan umatnya yang saling sayang menyayangi.

sekian. Selamat berbuka puasa.



p/s: Ini tahun ke-2 beraya tanpa Ayah. Semoga Roh ayah aman dan di letakkan dalam golongan yang beriman : ) Al-Fatihah

Monday, August 13, 2012

#52 Prasasti Jiwa




Prasasti Jiwa:

...walau terkadang langkahmu sumbang,
tersungkur ke dasar bumi,
jangan cepat menyerah,
bingkas bangun mengagahi langkah,
menuju destinasi yang kau mahu,

Hidup bukannya Mimpi,
yang bisa kita angankan ceritanya,
terkadang ia pahit untuk di telan,
di luah juga biar di hati saja,
kerana Tuhan punya rancangan,
untuk setiap hambaNya.

Kita,
harus terus melangkah,
berdoa & berharap,
agar Usaha hari ini,
di beri ganjaran.


Thursday, August 9, 2012

Lepaskan



Wanna - Lepaskan

Ku jadi tidak tentu arah, 
entah apa yang ku kuatiri
sejak terjadi cerita itu. cerita itu
makan minum ku dah tak terjaga, 
asyik memikirkan tntang kamu
mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari,
lepaskanlah lepaskan semua, 
tiada makna jika bersama,
dalam hidupku oh setiap hari,
yang kita pasti ada masalah,
lepaskanlah lepaskan semua, 
tiada makna jika bersama,
dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah,
dengannya...
Ku jadi tidak tentu arah, 
entah apa yang ku kuatiri
sejak terjadi cerita itu. cerita itu

lepaskanlah lepaskan semua, 
tiada makna jika bersama, 
dalam hidupku oh setiap hari,
yang kita pasti ada masalah,
lepasknlah lepaskan semua, 
tiada makna jika bersama,
dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah,
dengannya...


Prasasti Jiwa:

Pertama kali dengar lagu ini, aku sangkakan lagu baru Yuna, entah macam unik je lagu ni. Masa tu, tengah dengar hotfm, apalagi terus buka lama web nak tahu lagu apa?

Nasib baik dapat tahu lagu siapa, tapi yang malangnya cari kat alam maya memang tak jumpa lagi lagu ni. mungkin tiada orang lagi yang nak muat naik.

dan selepas beberapa hari baru ada orang muat naik lagu ni. yeahhh~

aku memang dari dulu lagi ikut lagu-lagu wanna ni. dia antara artis yang berbakat juga tapi sayang macam tak banyak promosi. sedangkan lagu-lagu wanna bagus-bagus juga.

tapi lagu ni memang sedap. tapi lirik lagu ini agak sedih jugak la. hu3

selamat mendengar~

Wednesday, August 8, 2012

#51 Prasasti Jiwa



Prasasti Jiwa:

Ternyata,
bukan aku seorang saja yang kembali,
Ramai di antara mereka juga sama,
mungkin rindu,
mungkin juga rasa sudah tidak tertanggung,
lalu di tumpahkan jua di sini.

Ternyata,
bila jiwa berkocak,
riak tenang sudah tidak selari,
bertaburan warna-warni,
mencari tenangnya emosi,
rupanya di sini juga di pilih.

Ternyata,
bila manusia sudah tidak percaya dengan manusia,
kita memilih untuk berkata pada pegunnya dunia,
meski tidak bersuara,
namun ianya meninggalkan bekas,
mengisi ruang hati yang sudi,
membaca isi hati.



p/s: aku akan terus menulis~

Tuesday, August 7, 2012

50# Prasasti Jiwa



Prasasti Jiwa:

Kembara hidup ini ternyata tidak pernah ada penghujungnya,
mencari kasih Tuhan bukan mudah,
tatkala godaan dunia yang tidak kenal erti tewas,
menghanyutkan setiap jiwa yang leka,
alpa pada tuntutan Tuhan,
tahu pada asasnya,
tapi sengaja mencipta reka alasan,
Oh! Tuhan itu Maha Adil,
maka berleluasalah,
andai itu pegangan.

Tuhan tidak pernah menghukum umatNya,
melainkan kita yang tidak mahu melalui jalanNya,
Kerana Peringatan itu sentiasa ada,
namun kita yang sengaja tidak mahu mengambilnya.





Monday, August 6, 2012

U still our hero~



Prasasti Jiwa:

Tangismu aku faham,
Ianya amat sakit,
demi negara tercinta,
korban jiwa raga kau sanggup,

Menangislah,
usah malu,
itu tangisan perjuangan anak jati Malaysia!
yang rela berkorban meski kudrat di kerat-kerat.

Perak bukanlah erti kau kalah,
ianya erti sebuah perjuangan,
permainan itu perlu ada Juara,
dan buat sekian kalinya Juara itu bukan milikmu

Usaha sudah kau taburkan,
Cuma Tuhan tidak memberimu,
mungkin punya sebab,
yang suatu hari nanti kau juga tahu,

Kami Bangga!
Perjuanganmu adalah perjuangan untuk tanah air.



49# Prasasti Jiwa

Kita boleh menipu sebanyak mana Manusia yang kita mahu,
Tunjuklah perilaku seperti Malaikat,
Sezarah salah tidak terbuat,
Mengelak maksiat tidak terkena,

dan hakikatnya.

Penipuan itu tidak pernah menjadi Nyata di MataNya.

Sezarah itu juga di hitung,
Baik & Buruk,
Hitam & Putih,
Pahala & Dosa,

Itu Kerja Dia,
Ilahi yang Maha Kuasa.

Semoga suatu hari nanti,
Lakonan & Penipuan itu menjadi Nyata.

Thursday, August 2, 2012

Saya juga PILIH MALAYSIA!


Prasasti Jiwa:

Ya. Saya juga PILIH MALAYSIA! Anda?

Mungkin ada di antara kita yang sudah mengetahui tentang kempen ini di media-media massa ketika ini. Sekali imbas apabila menonton iklan Saya Pilih Malaysia ni, terus berfikir apa motif iklan ni tetiba keluar.

Aku pun kadang-kadang pelik, banyak sangat kempen-kempen sayang Malaysia la ( #mysyg ), my hometown la. Mungkin sebab hari Merdeka bakal tiba. Ok, rasional juga.

Tapi yang kempen Pilih Malaysia ni memang sesuatu. Bukan bersifat prejudis atau berfikiran negatif ataupun memihak mana-mana parti, tapi kempen ini nampak sangat bersifat berat sebelah.

Ini kempen sudah lain dah aku tengok. Ini macam kempen pilihanraya untuk memilih Parti Kerajaan! Warna biru pun sudah melambangkan parti mana.

Lagi-lagi bila iklan dia berbunyi seperti ini. "Saya pilih untuk mengundi..." Owh lupa, mungkin ini iklan untuk SPR agaknya. Maklumlah, nak dekat-dekat PRU13 dah. Kenalah bagi tahu rakyat dah mendaftar ke belum ( ok sekadar meneka saja ).

Adil ke buat kempen secara senyap-senyap ni?? Bubar parlimen pun belum, dah buat kempen macam ni. belum lagi isu tema Merdeka dan lagu Merdeka. Memang best!

Ok la. Setiap dari kita punya penilaian masing-masing. Yang penting kita hormati setiap pendapat : )

Salam Ramadhan ke-13. Semoga amal kita di terima Tuhan. Amin

Wednesday, August 1, 2012

Antigraviti




Faizal Tahir - Antigraviti



Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Bebas berlari
Waktu yang takkan menunggu
Walau jauh ku tetap tunggu
Mahu ku sapu
Mahu berseri selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu
Antigraviti
Aku graviti aku kamu
Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu
Jangan dibimbang
Waktuku tak mati sini
Dan ku mula episod baruku
Round ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu
Antigraviti
Aku graviti aku kamu
Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu
Begitu laju
Menunggu saat bersatu
Nantikan aku
Kembali ke pangkuan mu
Dapatkah kamu menerima aku
Mahukah waktu mengubati segala pilu yang lalu
Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembali ku
Kembali padamu
Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembali ku
Kembali padamu
Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu
Prasasti Jiwa:
Macam mana aku boleh lupa nak meng'utus'kan lagu baru daripada FT ni. Mungkin ada yang sudah pun dengar tapi buat mereka yang belum dengar, Ini adalah lagu terbaru daripada FT selepas lagu GMG (Go Malaysia Go).
Tapi sebenarnya aku lebih suka muzik dan arrangment daripada lagu GMG tu. Kalau aku jadi artis la, aku akan memilih lagu-lagu bergenre seperti itu. Nampak segar dan moden.
Lagu ini pun tak kurang hebatnya. Bagi aku kekuatan lagu-lagu FT adalah bermula daripada liriknya yang bersatu dengan arrangment muzik. selain vokal FT yang bagus menjadikan setiap naskah beliau sebuah naskah yang berkualiti (meskipun jarang memenangi Anugerah).
dan aku dapat rasakan lagu ini di tujukan buat kekasih hati FT iaitu isterinya sendiri. Jika anda amati bait-bait lirik lagu ini sememangnya di tujukan untuk orang yang tersayang. Yang mahukan kekasih hatinya tidak bimbang akan dirinya, kerana dia pasti akan kembali kepadanya semula.
"...Biar bulan bersandarkan bahu, Bintang berlegar di kiri kanan aku...Tetap pulang ku padamu..."
ok. aku sudah tidak sabar untuk memiliki album terbaru FT! Semoga FT cepat-cepat menghasilkan Album penuh. Jangan pernah rasa mengalah pada industri! Semoga Berjaya FT~


ya...aku juga boleh!


Prasasti Jiwa:

Salam Ramadhan ke-12. Apa khabar sama Iman anda? ada peningkatan? ok..biar itu menjadi Urusan Tuhan Yang Esa.

Kali ini terdetik hati untuk menulis, banyak sebenarnya isu-isu semasa yang aku ingin kupas berdasarkan pendapat aku. namun untuk menulis sesuatu isu yang serius. aku perlu meluangkan masa berjam-jam. kerana aku bukan blogger yang menulis sekadar mengikut perasaan. pemafahaman dan perbandingan itu amat penting dalam penulisan agar tidak menjadi blogger yang 'membabi buta'.

tentu ada di antara anda yang kenal dengan gambar muka depan novel di atas. aku belum lagi berkesempatan untuk membacanya. ada niat nak membelinya. cuma belum berkesempatan. Faktanya, novel ini sudah berkali-kali aku belek dan selak di kedai buku. cuma membelinya tidak lagi : )

owh ya, entri kali ni nak bagi satu azam dan impian aku. aku ni bukanlah pandai sangat berbahasa inggeris. aku sendiri pun kadang-kadang tidak faham bagaimana pemahaman bahasa inggeris aku berkurang sejak sekolah rendah lagi. mungkin di sebabkan aku terlalu suka akan subjek bahasa melayu ketika sekolah rendah. Ok, mencari alasan lagi. dan mungkin juga aku tidak suka akan bahasa ini sendiri. mungkin.

Mungkin ini azam yang aku baru ingin tanam. Aku nak mula membaca novel-novel bahasa inggeris untuk meningkatkan pengetahuan bahasa inggeris aku. serius. ini bukan perkara main-main.

Belajar itu tidak pernah ada titik noktahnya. yang penting punya kemahuan. pasti kejayaan menjadi milik kita!

ok. aku akan mulakan dengan Novel ini.

Doakan semoga aku berjaya. he3



p/s: aku cemburu dengan mereka-mereka yang boleh menulis blog dalam bahaga inggeris! #ohmyenglish

Popular Posts

Popular Posts since May 2010