Tuesday, January 22, 2013

Tak Cuba Kembali





Prasasti Jiwa:

Lirik Lagu Asfan - Tak Cuba Kembali


Saat terindah
Di saat aku mulai terasa
Sempurna cintaku pada kamu
Tika ku bersama
[*] Kini tiada
Kau balas cintaku dengan dusta
Percuma cintaku pada kamu
Sungguh ku tersiksa
Tapi ku cuba mengerti
Dan ku cuba untuk fahami
Lewat semua waktuku
Untuk dirimu

[**] Maafkanlah
Pintaku begitu
Tak tedaya tak mampu
Menjaga cintamu
Hapuskanlah
Setulus kau khianati
Usah pernah tangisi
Maaf sejuta kata
Ku takkan cuba kembali
Repeat [*] & [**]
Repeat [**]
Prasasti Jiwa:

Lagu ni aku dengar untuk pertama kalinya ketika mendengar Carta 30 Hotfm. Lagu ni tercalon untuk lagu baru dalam Carta 30. Bila dengar suara penyanyi, aku sudah boleh agak ini kepunyaan Asfan.

Sebab aku sangat meminati suara lunak dan muzik yang di bawa oleh beliau. Lagu ni sangat senang untuk di terima oleh telinga pendengar namun dari segi Liriknya mungkin sukar untuk di tafsirkan. Bagi aku lirik lagu ini terlalu biasa dan tidak punya jalan cerita.

Tidak seperti lagu-lagu Asfan yang lain. Tapi melihat kepada Tajuk lagu sudah boleh agak aliran lagu ini Temanya apa. Tapi bagi aku Lagu ini boleh di layan. ; )

#60 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

...kau tak pernah letak RasaRindu pada lubuk hatimu,
sedikit pun tidak,

kerana kau hanya mahu 'hadir' menjelmakan diri,
tatkala kau mahukan aku menjadi 'penyelamat',

sungguh aku terkilan,

manakan tidak,
saat aku masih setia meletakkan kamu di hati,
kau rupanya sudah memadam namaku di hatimu,

aku Pasrah.

Minggu ke-3 2013 : Teman Pengganti kekal No.1


Prasasti Jiwa:

Untuk minggu ke-3, lagu Teman Pengganti masih kekal berada di takhta sebagai lagu paling popular sepanjang minggu ke-3 2013. Lantas, meletakkan lagu Muara Hati kekal berada di belakang.

Minggu ke-3 menyaksikan lagu nyanyian AC Mizal ft Fida iaitu Apo Kono Eh Jang berjaya mendaki carta berada di tangga ke-3. Selain itu, lagu nyanyian Anuar Zain iaitu Ajari Aku juga berjaya memasuki Top 10 dengan berada di tangga ke-7.

Lagu Andaiku Bercinta Lagi, Penghibur Jalanan, Pelangi Senja, Harapan & Ku Akui kekal berada di Top 10 manakala Lagu Antigraviti nyanyian Faizal Tahir kembali berada di Top 10 untuk minggu ke-2.

Berikut merupakan 50 lagu popular sepanjang minggu ke-3 2013 :-


  1. Black ft Malique - Teman Pengganti
  2. Siti Nurhaliza ft Hafiz - Muara Hati
  3. AC Mizal ft Fida Ibrahim - Apo Kono Eh Jang
  4. Mojo - Andaiku Bercinta Lagi
  5. Amir Jahari - Penghibur Jalanan
  6. Stacy - Pelangi Senja
  7. Anuar Zain - Ajari Aku
  8. Hyper Act - Harapan
  9. Faizal Tahir - Antigraviti
  10. Hafiz - Ku Akui
  11. selanjutnya boleh klik di sini


Friday, January 18, 2013

KL Kita



Lirik Lagu KL Kita – Yuna Ft. Qi Razali
Waktu mencemburui aku
Kota raya menjamah ku
Dimana perginya mimpi ku
Mungkin dijemari mu
Kau menghidupkan semangat ku
Kau memberikan harapan
Dan kau rampas semula
Ku mencari jawapan
Di setiap persimpangan
Impian yang ku simpan
Hanya pada mu

Prasasti Jiwa;
ya...setiap Persoalan itu punya Jawapan. Terpulang pada kita untuk mencari ataupun hanya duduk diam menunggu Jawapan hadir dari Tuhan. 
ok. mungkin itu mustahil!
apa pun, lagu ini menjadi carta dalam hati aku sekarang.
kerana aku juga masih mencari 'Jawapan'.
Moga saya, anda dan kamu akan ketemu 'Jawapan' : )


#59 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

Diam
tandanya tidak mahu berkata,

Sepi,
tandanya bersendiri tanpa Rela.

Sendiri,
tandanya keseorangan antara kehendak dan tidak.

kita boleh Lari dari kesibukan Manusia,
kita juga boleh sengaja atau tidak menyibukkan diri,
kita hidup punya Pilihan.

Maaf,
jika hari ini aku memilih utk Diam,

Minta Maaf,
jika hari ini aku mahu menyepi,

Saya Minta Maaf,
jika hari ini aku rela Sendiri.

jangan tanya Mengapa?
ataupun Kenapa??


Thursday, January 17, 2013

Minggu ke-2 2013: Teman Pengganti No.1


Prasasti Jiwa:

Lagu paling Popular untuk minggu ke-2 telah bertukar tangan apabila lagu Teman Pengganti nyanyian Black ft Malique berjaya menyingkirkan Lagu Muara Hati nyanyian Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza.

Mungkin juga di sebabkan drama Adam & Hawa sudahpun tamat tayangan menjadi salah satu faktor lagu tersebut tidak dapat bertahan untuk minggu ke-2. Namun lagu tersebut masih gah berada di tangga ke-2.

berikut merupakan 50 lagu paling popular sepanjang minggu ke-2 2013:-


  1. Black/ Malique - Teman Pengganti
  2. Hafiz / Siti Nurhaliza - Muara Hati 
  3. Mojo - Andai ku Bercinta Lagi 
  4. Amir Jahari - Penghibur Jalanan 
  5. Stacy - Pelangi Senja 
  6. Sleeq / Najwa - Untuk Dia
  7. Hyper Act - Harapan
  8. Hafiz - Ku Akui
  9. Shaheizy Sam/Yana - Beginilah Caranya
  10. Wanna - Lepaskan
  11. selebihnya sila klik di sini

Sunday, January 13, 2013

#58 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

...sejujurnya jika di tanya pada Hati,
mahukah kau kembali ke titik mula,
mengulang sejarah yang tak pernah sudah,
memutar semula kisah lama pada masa berbeda,

tentunya aku mau!

...kerana terpisahnya kami bukan kerana benci,
bukan kerana terpadamnya Nama antara kami di hati,
bukan juga kerana Patahnya Seribu,
mahupun Retaknya cermin di jiwa,

...semuanya kerana khilafnya hati,
menilai tiap ruang kosong masa,
menaklik pada tempat yang salah,
akhirnya jiwa yang merana,
mencari jawapan yang tersasar dari Tujuan.

Thursday, January 10, 2013

Minggu Pertama 2013: Muara Hati No.1


Prasasti Jiwa:

Bermula tahun 2013, Prasasti Jiwa akan menyenaraikan 50 lagu paling di minati setiap minggu berdasarkan carta-carta Radio (Era fm, Hot fm & Suria fm) dan juga Muzik-Muzik 28 (belum bermula untuk minggu pertama 2013).

Untuk minggu pertama lagu Muara Hati telah mengungguli Carta No.1 untuk ketiga-tiga carta Radio. Permulaan yang baik untuk lagu ini di tahun 2013. Tahniah.

berikut merupakan senarai 50 lagu yang paling di minati pada minggu pertama 2013:-


  1. Hafiz / Siti Nurhaliza - Muara Hati 
  2. Black/ Malique - Teman Pengganti 
  3. Mojo - Andai ku Bercinta Lagi
  4. Amir Jahari - Penghibur Jalanan
  5. Hyper Act - Harapan 
  6. Stacy - Pelangi Senja
  7. Shahir - Aku Yang Berdosa
  8. Wanna - Lepaskan
  9. Shaheizy Sam/Yana - Beginilah Caranya
  10. Faizal Tahir - Antigraviti
  11. selebihnya boleh klik di sini

Popular Posts

Popular Posts since May 2010