Friday, January 4, 2013

#57 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

...aku masih di situ,
di persimpangan yang kau tinggalkan,
kau bogelkan jiwaku tanpa rasa belas,
kau terlanjang semua kenangan,
tanpa sedikitpun kau simpan
buat kenang-kenangan.

...aku tetap di situ,
menanti hadirnya kau,
untuk mengutip tiap-tiap surat kisah,
yang pernah kau koyak-koyakkan,
tanpa sedikitpun kau bukukan.
untuk tatapanmu di sana.

...aku setia di situ,
menunggu kepulangan dirimu,
kerana aku percaya akan kembalinya dirimu,
menagih sisa-sisa Rasa hati,
yang masih aku simpan utuh,
hanya untuk dirimu.


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010