Saturday, January 5, 2013

Juara AJL27?


Prasasti Jiwa:

Ya, mungkin blog ini bukanlah blog hiburan yang popular untuk tatapan anda mengetahui isu-isu hiburan. Namun ianya bukanlah menjadi penghalang untuk aku tidak menulis tentang Anugerah Juara Lagu ke-27 yang hanya beberapa jam lagi akan berlangsung dan menobatkan Juara Baru untuk AJL yang sudah menjengah usia 27 tahun.

Tiap-tiap tahun aku akan menjalankan 'tugas' wajib aku untuk meramalkan siapakah yang akan memenangi Anugerah ulung ini.

dan buat pertama kalinya, ke-12 lagu yang tersenarai adalah antara lagu-lagu terbaik yang sememangnya layak untuk beraksi di pentas gah itu.

Serius, mendengar ke-12 lagu ini membuat aku buntu untuk memilih siapakah yang menjadi Ramalan aku untuk menjuarai AJL kali ini. Ya, aku bukan ahli nujum ataupun syok sendiri, tapi aku percaya ada yang membaca. Terima kasih aku ucapkan.

Berikut merupakan 12 lagu yang berjaya melayakkan diri untuk bertanding di AL27:-

1. Terukir Di Bintang (Aizat Amdan)
2. Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
3. Tanpamu (Amir Jahari)
4. Idola (Azlan & The Typewriter)
5. Pelangi Senja (Stacy)
6. Lagu (Bedroom Sanctuary)
7. Teman Pengganti (Black & Malique)
8. Ku Akui (Hafiz Suip)
9. Simetri (Hazama & Amy Search)
10. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo)
11. Patah Seribu (Shila Amzah)
12. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat)



Ramalan awal aku untuk lagu yang layak ke AJL27 daripada ke-12 lagu ini hanya 2 lagu sahaja sebenarnya yang bukan dalam ramalan aku iaitu lagu Anak Kampung dan Simetri. Ini bukan bermakna aku tidak suka akan kedua lagu ini ataupun mengatakan mereka tidak layak langsung. Tapi, jika melihat kembali kepada kekuatan kedua-dua lagu ini, masing-masing punya kekuatan tersendiri.

Mungkin pada pendapat aku, lagu Tapi Bagaimana dan Harapan adalah lebih layak dan punya kekuatan dari segi muzik dan lirik berbanding 2 lagu tersebut. Tapi, setiap pertandingan ada kuasa yang lebih pakar menilai iaitu Juri : )

Mari kita mulakan analisa ramalan ini dengan artis yang julung-julung kalinya beraksi di pentas gah ini iaitu:-

Amir Jauhari - Tanpamu

Sejak mengenali Amir ketika berada di Akademi Fantasia lagi, aku adalah penyokong kuat (tidak mengundi) beliau. Aku suka akan suara dan bakat yang ada pada Amir. Cuma yang mengecewakan aku bila 'cinta'nya begitu kuat pada kekasih hatinya yang menjadi punca utama beliau boleh tersingkir dan tidak dapat pergi ke peringkat akhir. Ya, aku menuduh isu rindu pada kekasih hati itu adalah punca Amir tersingkir. Terpulang pada anda mahu mempercayainya.

tapi, orang kata, kalau sudah berbakat, campak ke mana pun tetap juga berkemundang lagunya. Ternyata bakat Amir di pandang oleh salah seorang bekas pelajar AF yang juga senasib dengan beliau ketika menyertai AF dulu iaitu Aizat Amdan.

Ya, saya meminati mereka berdua sejak AF lagi. Artis muda yang sangat berbakat!

Untuk lagu Tanpamu ini mungkin ramai yang tidak meletakkan ia sebagai calon Juara AJL27, namun anda jangan pernah memandang sepi pada lagu ini kerana AJL27 bukanlah berpihak pada populiriti semata. Lagu Tanpamu ini punya jiwa, dari lirik dan lagu, ianya punya maksud mendalam. Di tambah dengan vokal yang lunak daripada Amir memang gabungan yang bagus. Betullah orang kata, bila lagu di cipta dari penyanyi itu sendiri, mereka lebih faham dan menjiwai lagu tersebut.

aku percaya pada lagu ini!!! Tak mustahil lagu ini boleh di angkat menjadi Juara kerana ianya sangat unik dan sempoi~

Bedroom Sanctuary - Lagu

Secara jujurnya, aku tidak berapa mengenali artis ini, tapi aku amat minat akan lagu beliau. Bo Amir Iqram mungkin nama yang asing di kalangan kita, Tapi, jika anda ingin mengenali lebih lanjut akan bakat dan muzik yang cuba beliau bawa ke industri kita boleh lah merujuk ke Youtube sebentar.

Anak muda ini sangat berbakat.

Lagu yang bertajuk 'Lagu' ini juga lebih kurang dengan lagu 'Tanpamu' kerana kedua-duanya di bawa dalam bentuk 'Akustik'.

Ya, mungkin lagu ini di hasilkan di atas pengalaman masing-masing. Tapi, ianya berhasilkan. Lagu ini cukup catchy dan santai. Aku suka gila dengan lagu ini.

dan sejujurnya aku tidak tahu akan kekuatan lagu ini, tapi percayalah lagu ini sangat bagus : )

Ok. aku hanya tertarik untuk menceritakan kenapa aku suka 2 lagu ini. Tetiba aku rasa aku malas mahu menaip panjang-panjang tentang lagu lain. Sebab aku rasa lebih baik aku senaraikan sahaja pilihan ramalan aku siapa yang akan menjuarai AJL27.

Ramalan AJL27

Juara : Teman Pengganti
Naib Juara : Patah Seribu
Tempat Ke-3 : Terukir Di Bintang

Persembahan Terbaik : Anak Kampung (Undian 100%)
Vokal Terbaik: Aizat Amdan ( Terukir Di Bintang )

anda?

Keputusan Sebenar AJL27


Juara : Terukir Di Bintang
Naib Juara : Idola
Tempat Ke-3 : Ku Akui

Persembahan Terbaik : Teman Pengganti (Undian 100%)
Vokal Terbaik: Hafiz ( Ku Akui )



p/s: agak terkilan dengan sikap produksi AJL27 tentang isu pengganti Yuna : (

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010