Wednesday, February 27, 2013

Minggu ke-8 2013: Masih milik Teman Pengganti


Prasasti Jiwa;

Semakin hari semakin banyak lagu-lagu baru mula kedengaran di corong-corong radio, bagus juga! sebab ini menunjukkan semakin meriahnya industri muzik tempatan pada ketika ini. Aku cukup suka bila orang-orang muda lebih berani menampilkan karya-karya muzik mereka. Berbeza daripada biasa.

Untuk minggu ke-8 ini menyaksikan Lagu Teman Pengganti kekal untuk berada di puncak! Manakala Lagu daripada artis muda berbakat besar iaitu Najwa Latiff berjaya meletakkan lagu mereka di 10 Lagu paling popular pada minggu ke-8 dengan lagu Sahabat ft Sham Kamarul & Sleeq. Tahniah.

Berikut merupakan senarai Top 10 pada minggu ke-8 2013:-


  1. Teman Pengganti - Black ft Malique
  2. Muara Hati - Hafiz ft Siti Nurhaliza
  3. Lepaskan - Wanna Ali
  4. Apo Kono Eh Jang - Stellar Band ft AC Mizal & Fida Ibrahim
  5. Penghibur Jalanan - Amir Jahari
  6. Andaiku Bercinta Lagi - MOJO (No.1 Carta Erafm)
  7. Ajari Aku - Anuar Zain
  8. Hyper Act - Harapan
  9. Sahabat - Najwa Latiff ft Sham Kamarul & Sleeq
  10. Untuk Dia - Sleeq ft Najwa Latiff
  11. selanjutnya boleh klik di sini





Thursday, February 21, 2013

#66 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

satu pintaku yang tak pernah kau tunaikan,
saat kau pergi tanpa pernah ucap salam,
kau tak pernah ambil separuh hatimu yang tertinggal,
masih tersimpan tak pernah tertanggal,

Adakah harus di simpan,
menunggu saat kau menagih kembali,
apa yang pernah kau simpan,
atau sengaja untuk di tinggalkan?

agar bila kau tidak ketemu yang terbaik,
aku sebagai simpanan untuk menjadi bekalan,
untuk mendengar dan mengharap belas,
rintihan untuk di tadah.

tidak mengapa,
aku Rela.

Bukan kerana aku mengalah,
kerana separuh hati yang tersimpan itu,
tidak pernah aku Mungkiri,
juga tidak pernah aku Khianati,

Mungkin kerana itu,
ia masih Setia tergantung pada sudut yang tak pernah kenal erti Tewas!




Sunday, February 17, 2013

#65 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

...entah mana pergi Azam,
yang dulunya penuh dengan Tiang-Tiang semangat,
lajunya Lari tidak mahu berjalan,
kini kian perlahan!

aku yang keliru,
entah apa yang ingin ku buru?
keraguan mula meracau jiwa,
hilang warna arah tuju.

Ya Tuhanku,
aku lemah mengharung UjianMu,
berikan aku kekuatan,
biar ku tempuh dengan sabar~

Saturday, February 16, 2013

Tapi Itu Dulu




Amy Mastura - Tapi Itu Dulu


Ya dulu aku katakan cinta
Ya dulu aku katakan sayang
Ya dulu aku katakan rindu
Padamu Selalu Hanya padamu
Ya dulu aku rajin merayu
Ya dulu tak berhenti berjanji
Ya dulu aku tak pernah ingkar
Untukmu selalu hanya untukmu
Lalu kini kau datang
Hatimu galau bimbang
Meminta ku mengulang perasaan
Sayang itu dulu
Dulu saatku tertarik padamu
Kini kamu tak seperti yang dulu
Dulu hanya kau getarkan hatiku
Tapi itu dulu
Saat aku kejar kejar dirimu
Bermimpi kau bisa jadi denganku
Sayang dulu kau acuhkan cintaku
Sayang itu dulu

Prasasti Jiwa:
Ya, ini adalah single terbaru daripada artis lama muka muda iaitu Amy Mastura. Dulu semasa sekolah rendah memang minat sangat dengan kak Amy ni. Lakonan dan nyanyian memang akan aku tengok dan dengar.
Kalau bukan lagu catchy bukan Amy Mastura la namanya, sebab Amy Mastura memang sangat sesuai dan menjadi 'trademark' buat Kak Amy.
Amy Mastura mengeluarkan single terbaru ini bersempena dengan Album kompilasi beliau yang berada di pasaran sekarang. Album tersebut memuatkan lagu-lagu popular semasa zaman kegemilangan Amy Mastura. Memang mengimbau kenangan bila dengar lagu-lagu kak Amy ni. : )
Semoga, single terbaru ini mampu mengubat rindu kepada semua peminat setia Amy Mastura. Jangan lupa untuk mengundi dan meminta lagu ini di stesen radio-radio yang ada.
Buat kak Amy Mastura, teruskan mewarnai Industri Hiburan tempatan. Moga terus berjaya dalam bidang yang di ceburi. Amin

Minggu ke-7 2013: Teman Pengganti kembali No.1 semula!


Prasasti Jiwa:-

Ya, kunjungan anda membuatkan saya terus bersemangat untuk mengemaskini senarai lagu popular 2013 setiap minggu. Walaupun tidak memberi apa-apa keuntungan pada diri sendiri, tapi kerana minat dan kepuasan ianya tidak menjadi ralat pada diri saya.

Menariknya minggu ke-7 apabila carta Muzik-Muzik 28 sudah di ambil kira dalam meletakkan kedudukan setiap lagu dalam carta. Memang banyak yang berubah, termasuk bilangan lagu yang semakin banyak membuatkan ketidakseimbangan pada kedudukan carta seperti sebelumnya.

Mungkin juga, lagu-lagu yang tercalon pada Muzik-muzik 28 adalah lagu yang belum popular di Radio dan juga ada lagu yang sudah tidak berada dalam carta-carta radio.

Oleh sebab itu, kedudukan sudah tidak di kira sehingga ke kedudukan 50 tetapi selagi ada lagu yang tersenarai dalam mana-mana carta akan di ambil kira dan di letakkan dalam senarai lagu popular 2013.

dan persaingan sengit antara lagu Teman Pengganti dan Muara Hati sangat menarik, apabila minggu ini lagu Teman Pengganti merampas kembali carta dan menjadi juara carta pada minggu ke-7 meningkirkan lagu Muara Hati ke tangga ke-2 semula. Tahniah.

Berikut merupakan 10 lagu popular pada minggu ke-7 pada tahun 2013:-


  1. Teman Pengganti - Black ft Malique ( Juara Carta Hits Gegar )
  2. Muara Hati - Hafiz ft Siti Nurhaliza
  3. Apo Kono Eh Jang - Stellar Band ft AC Mizal & Fida Ibrahim
  4. Lepaskan - Wanna Ali 
  5. Penghibur Jalanan - Amir Jahari
  6. Ajari Aku - Anuar Zain ( Juara Carta Hotfm )
  7. Andaiku Bercinta Lagi - MOJO ( Juara Carta Erafm )
  8. Harapan - HyperAct
  9. Untuk Dia - Sleeq ft Najwa Latiff
  10. Anak Kampung - Jimmy Palikat ft ONE
Selanjutnya klik di sini

11. Bila Orang Dah Benci - Saleem ( Juara Carta Suriafm )
17. Jagalah Diri - Jaclyn Victor ( Juara Carta Muzik-Muzik 28 )

Friday, February 15, 2013

#64 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

...saat Langitmu sudah tidak mampu menongkat,
bertahanlah semahumu,
jangan pernah kata tidak,
dan membiarkan ia runtuh,

...serukan semangat dalam hatimu,
cekalkan dirimu,
rapatkan tiap sendi,
biar rapuh tetap berdiri,

hari ini,
Tuhan sengaja menduga,
esok pasti di titipkan bahagia,
asal kau percaya,
di sebalik hujan ada Pelangi menanti.
sematkan Syukur,
agar keluh tidak berbunyi.

Thursday, February 14, 2013

Minggu ke- 6 : Muara Hati Kembali No.1


Prasasti Jiwa:

Minggu ke-6 menyaksikan turun naik lagu-lagu dalam carta TOP 50. Lagu Muara Hati kembali menjadi lagu paling popular setelah lagu Teman Pengganti merajai carta selama lebih kurang sebulan.

Tahniah buat lagu Muara Hati. Walaupun tidak berjaya menjadi No.1 di keempat-empat carta namun jika di hitung pada kedudukan setiap carta, lagu ini lebih berjaya berbanding lagu Teman Pengganti.

Namun, lagu Teman Pengganti berjaya menjadi Juara Carta untuk Carta Hits Gegar di Radio THR Gegar. Di sebabkan oleh kemasukan Carta Hits Gegar dalam Top 50 ini, menyebabkan pertukaran turun naik lagu sangat drastik. Carta Muzik-Muzik 28 akan mula di kemaskini pada minggu depan.

Carta 10 paling popular juga berubah. Berikut merupakan 10 lagu popular pada minggu ke-6 tahun 2013:-


  1. Muara Hati - Hafiz ft Siti Nurhaliza
  2. Teman Pengganti - Black ft Malique ( Juara Carta Hits Gegar )
  3. Andaiku Bercinta Lagi - MOJO ( Juara Carta Erafm )
  4. Harapan - HyperAct
  5. Lepaskan - Wanna Ali
  6. Apo Kono Eh Jang - Stellar Band ft AC Mizal & Fida Ibrahim
  7. Ajari Aku - Anuar Zain (Juara Carta Hotfm )
  8. Penghibur Jalanan - Amir Jahari
  9. Anak Kampung - Jimmy Palikat ft ONE
  10. Bila Orang Dah Benci - Saleem ( Juara Carta Suriafm )
  11. selanjutnya klik di sini


Monday, February 11, 2013

#63 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

...biar ku koyak tiap lembar kisah,
kan ku bakar tak terbaca,
biar jadi abu di bawa angin,
terbang jauh menjadi zarah-zarah,
biar terhapus hilang,
biar terpadam bersih,
tidak tertinggal kesan,
tidak ku mahu ulang lagi,
kisah pedih menusuk-nusuk,
sakitku hanya aku yang rasa,
lama ku pendam duka,
sepi ku buat bahagia,
sendiri ku tetap ketawa,
kerana aku tahu,
Tuhanku itu Adil,
kan Dia utuskan jua,
mana yang terbaik untuk ku : )

aku Percaya!

Sunday, February 10, 2013

#62 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

...luka-luka ini tidak pernah nampak baiknya,
parut pun tidak mahu hadir,
nanah kian merebak,

busuk!

takut kan menjadi Barah,
namun apakan daya,
biarlah ia 'Mati'!
tertanam di tanah

tidak ku mahu tinggalkan bekas,
yang ku ingin tahu,
hari baru di sinar cahaya semangat,
untuk aku menempuh hari-hari mendatang.

Angin Syurga




Misha Omar - Angin Syurga

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri

c/o
sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku....tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibirmu mu...bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi


Prasasti Jiwa:

Lagu single terbaru daripada Misha Omar ini pertama kali di dengar pada tahun lepas, apabila Misha Omar di jemput oleh Am Krew Hotfm di pagi hari. Awalnya dengar lagu ini, memang sukar untuk menerima lagu ini. Aku tidak tahu mengapa?

Aku jangkakan lagu ini tidak akn menjadi Hit. Fikiran aku ketika itu. Tapi pada tahun ini, lagu ini di pusing di Radio Erafm pula dan mula mendapat tempat oleh pendengar.

dan bila tengok pada pencipta lagu dan lirik kepada lagu Angin Syurga ini, aku sedikit terkejut sebab komposer dan penulis lirik lagu ini bukan sembarangan orang. Kedua-duanya orang hebat dan pernah menang Anugerah Juara Lagu 26.

sudah tentunya Datuk M.Nasir dan Budi Hikayat.

ok aku memang tak sangka mereka berdua adalah pencipta lagu dan lirik untuk lagu ini. Bagi aku, jujurnya lagu ini bukanlah lagu senang untuk di dengar. Ianya perlu untuk di dengar berulang-ulang kali tapi itu pun belum tentu masuk ke dalam jiwa. : )

apa pun, semoga lagu ini akan mendapat tempat di hati pendengar seterusnya layak ke AJL 28 yang akan datang.

melihat kepada lirik terakhir dalam lagu ini sangat kena dengan jiwa hu3 Selamat melayan lagu ini.


#61 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

biar Mati tidak di jejak,
hapus hilang tanpa tanda,
tidak ku mahu mengulang kisah,
jika itu yang kau mau.

ku lepaskan kau pergi,
tak kan di ganggu masa depanmu,
ku juga mahu kau bahagia,
meski tidak aku miliki,

moga,
kerelaan ini menjadi Redha,
kerana Takdir bukan di Tangan kita.

Wednesday, February 6, 2013

Minggu ke-4 & 5 2013: Kekal Milik Teman Pengganti


Prasasti Jiwa:

Untuk minggu ke-4 & 5 2013, lagu Teman Pengganti berjaya mengekalkan kedudukannya untuk berada pada lagu paling popular, namun dalam Carta Era & Suria lagu ini tidak berjaya meletakkannya berada pada kedudukan No.1.

Carta No.1-No.5 tidak berubah kedudukan, manakala lagu Ajari Aku daripada Anuar Zain berjaya berada pada kedudukan lebih baik iaitu tangga No.6. Lagu nyanyian Caroline juga semakin mendapat tempat apabila berada pada kedudukan 10.

Lagu Pelangi Senja jatuh pada kedudukan ke-7 manakala lagu Harapan & Antigraviti kekal pada kedudukan yang sama.

Berikut merupakan Top 10 untuk minggu ke-4 2013 ;-


  1. Teman Pengganti - Black ft Malique
  2. Muara Hati - Hafiz ft Siti Nurhaliza
  3. Apo Kono Eh Jang - Ac Mizal ft Fida Ibrahim & Stellar Band
  4. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo
  5. Penghibur Jalanan - Amir Jahari
  6. Ajari Aku - Anuar Zain
  7. Pelangi Senja - Stacy
  8. Harapan - Hyper Act
  9. Antigraviti - Faizal Tahir
  10. Melawan Arus Cintamu - Caroline
  11. selanjutnya boleh klik di sini

Popular Posts

Popular Posts since May 2010