Thursday, February 21, 2013

#66 Prasasti Jiwa


Prasasti Jiwa:

satu pintaku yang tak pernah kau tunaikan,
saat kau pergi tanpa pernah ucap salam,
kau tak pernah ambil separuh hatimu yang tertinggal,
masih tersimpan tak pernah tertanggal,

Adakah harus di simpan,
menunggu saat kau menagih kembali,
apa yang pernah kau simpan,
atau sengaja untuk di tinggalkan?

agar bila kau tidak ketemu yang terbaik,
aku sebagai simpanan untuk menjadi bekalan,
untuk mendengar dan mengharap belas,
rintihan untuk di tadah.

tidak mengapa,
aku Rela.

Bukan kerana aku mengalah,
kerana separuh hati yang tersimpan itu,
tidak pernah aku Mungkiri,
juga tidak pernah aku Khianati,

Mungkin kerana itu,
ia masih Setia tergantung pada sudut yang tak pernah kenal erti Tewas!




0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010