Sunday, February 10, 2013

Angin Syurga




Misha Omar - Angin Syurga

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri

c/o
sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku....tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibirmu mu...bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi


Prasasti Jiwa:

Lagu single terbaru daripada Misha Omar ini pertama kali di dengar pada tahun lepas, apabila Misha Omar di jemput oleh Am Krew Hotfm di pagi hari. Awalnya dengar lagu ini, memang sukar untuk menerima lagu ini. Aku tidak tahu mengapa?

Aku jangkakan lagu ini tidak akn menjadi Hit. Fikiran aku ketika itu. Tapi pada tahun ini, lagu ini di pusing di Radio Erafm pula dan mula mendapat tempat oleh pendengar.

dan bila tengok pada pencipta lagu dan lirik kepada lagu Angin Syurga ini, aku sedikit terkejut sebab komposer dan penulis lirik lagu ini bukan sembarangan orang. Kedua-duanya orang hebat dan pernah menang Anugerah Juara Lagu 26.

sudah tentunya Datuk M.Nasir dan Budi Hikayat.

ok aku memang tak sangka mereka berdua adalah pencipta lagu dan lirik untuk lagu ini. Bagi aku, jujurnya lagu ini bukanlah lagu senang untuk di dengar. Ianya perlu untuk di dengar berulang-ulang kali tapi itu pun belum tentu masuk ke dalam jiwa. : )

apa pun, semoga lagu ini akan mendapat tempat di hati pendengar seterusnya layak ke AJL 28 yang akan datang.

melihat kepada lirik terakhir dalam lagu ini sangat kena dengan jiwa hu3 Selamat melayan lagu ini.


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010