Saturday, February 16, 2013

Minggu ke-7 2013: Teman Pengganti kembali No.1 semula!


Prasasti Jiwa:-

Ya, kunjungan anda membuatkan saya terus bersemangat untuk mengemaskini senarai lagu popular 2013 setiap minggu. Walaupun tidak memberi apa-apa keuntungan pada diri sendiri, tapi kerana minat dan kepuasan ianya tidak menjadi ralat pada diri saya.

Menariknya minggu ke-7 apabila carta Muzik-Muzik 28 sudah di ambil kira dalam meletakkan kedudukan setiap lagu dalam carta. Memang banyak yang berubah, termasuk bilangan lagu yang semakin banyak membuatkan ketidakseimbangan pada kedudukan carta seperti sebelumnya.

Mungkin juga, lagu-lagu yang tercalon pada Muzik-muzik 28 adalah lagu yang belum popular di Radio dan juga ada lagu yang sudah tidak berada dalam carta-carta radio.

Oleh sebab itu, kedudukan sudah tidak di kira sehingga ke kedudukan 50 tetapi selagi ada lagu yang tersenarai dalam mana-mana carta akan di ambil kira dan di letakkan dalam senarai lagu popular 2013.

dan persaingan sengit antara lagu Teman Pengganti dan Muara Hati sangat menarik, apabila minggu ini lagu Teman Pengganti merampas kembali carta dan menjadi juara carta pada minggu ke-7 meningkirkan lagu Muara Hati ke tangga ke-2 semula. Tahniah.

Berikut merupakan 10 lagu popular pada minggu ke-7 pada tahun 2013:-


  1. Teman Pengganti - Black ft Malique ( Juara Carta Hits Gegar )
  2. Muara Hati - Hafiz ft Siti Nurhaliza
  3. Apo Kono Eh Jang - Stellar Band ft AC Mizal & Fida Ibrahim
  4. Lepaskan - Wanna Ali 
  5. Penghibur Jalanan - Amir Jahari
  6. Ajari Aku - Anuar Zain ( Juara Carta Hotfm )
  7. Andaiku Bercinta Lagi - MOJO ( Juara Carta Erafm )
  8. Harapan - HyperAct
  9. Untuk Dia - Sleeq ft Najwa Latiff
  10. Anak Kampung - Jimmy Palikat ft ONE
Selanjutnya klik di sini

11. Bila Orang Dah Benci - Saleem ( Juara Carta Suriafm )
17. Jagalah Diri - Jaclyn Victor ( Juara Carta Muzik-Muzik 28 )

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010