Saturday, March 30, 2013

(M1) Cerita Muzik Hari Ini




Aku sangat suka lagu Terlalu Mencintaimu daripada penyanyi yang di lahirkan dari program realiti OIAM iaitu Suki Low. Kini, Suki sedang mempromosikan Single terbaru beliau untuk tahun 2013 iaitu Untuk Kamu. - Murai 

Rasanya ramai yang tahu akan Lagu Putih-putih Melati yang sering di nyanyikan ketika kecil-kecil dahulu. Mengambil kesempatan atas lagu yang semua orang tahu itu kumpulan popular yang berasal dari tanah seberang Indonesia telah pun mengeluarkan Single terbaru mereka yang sudah pun berkumandang di stesen-stesen radio tempatan iaitu 'Putih-putih Melati'. - Gua.com

Kumpulan yang popular dengan Lagu Andaiku Bercinta Lagi iaitu Mojo kini mengikut jejak langkah artis-artis tempatan yang menempah nama di luar negara seperti Yuna, Shila Amzah dan yang lain apabila berjaya di iktiraf dalam Anugerah Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF) - Gua.com

Penyanyi yang baru sahaja mengeluarkan Single terbaru berjudul 'Jauh Ke Syurga' menafikan yang beliau meletakkan harga mahal terhadap mana-mana penganjur untuk sesebuah acara ataupun persembahan pentas. - mStar

Bagi peminat kumpulan rock tanah air iaitu Wings pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Wing Rockestra kumpulan ini yang bakal di adakan di Istana Budaya selama 4 hari iaitu 26, 27, 28 dan 30 April 2013. - mStar

Ya, penyanyi yang dulu bergerak secara kumpulan bersama Exist dan kini bergerak Solo iaitu Ezad Lazim di khabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hari ini - Kosmo!

Penyanyi yang Popular dengan lagu Ahmad iaitu Arora Salwa kini mahu di kenali sebagai Salwa Razak. Ok. Ini penjenamaan semula katanya. - Kosmo!

Bukan mudah untuk menembusi pasaran hiburan Indonesia, tetapi tidak buat Atilia yang sudah pun meletakkan tapak kerjaya beliau sebagai artis di sana, malahan Atilia di katakan Sheila Majid ke-2 di sana. Wow, itu sudah cukup menunjukkan penerimaan masyarakat di sana kepada Atilia. Tahniah - Murai



0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010