Thursday, March 21, 2013

SASER : 'Takhta' Milik kami!




Prasasti Jiwa:

Ya, semua sudah pun mengetahui keputusan SPM masing-masing terutamanya mereka yang menduduki SPM pada tahun 2012. Tahniah buat mereka yang berjaya dan jangan bersedih buat mereka yang kurang berjaya.

Hidup bukanlah hanya bergantung pada Sijil semata-mata, tetapi sejauh mana anda ingin berusaha untuk hidup yang lebih baik : )

Jika tahun lepas, aku tidak mengemaskini berkaitan keputusan SPM 2011 seperti sebelumnya, kali ini aku mendapat sedikit semangat untuk mengulas sedikit tentang keputusan SPM 2012.

Alhamdulillah, keputusan SPM 2012 untuk SASER pada tahun ini meningkat kembali seperti biasanya. Mungkin kesilapan lepas di jadikan ikhtibar agar tidak terlalu selesa dengan apa yang kita ada.

Tahun ini Saser berjaya menjadi sekolah terbaik Negeri Sembilan semula dan di tempat ke-2 bagi Sekolah Berasrama Penuh di belakang SSP. Hanya beza 0.02!

Bagi aku, ianya cukup membanggakan apabila 12 orang berjaya mendapat semua A+ dan 144 mendapat semua A daripada 294 orang calon SPM 2012.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan tahniah buat batch 10 Saser dan juga cikgu-cikgu kerana telah berjaya meletakkan Saser berada di tempatnya semula.

#SASERNAMAMUTERATAS.


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010