Friday, January 31, 2014

Lagu baru: Tasha Manshahar - Masih Perlu




Prasasti Jiwa:

Lagu baru kali ini, Prasasti Jiwa nak prebiu lagu baru dari artis bernama Tasha Manshahar yang berjudul MASIH PERLU. Tahniah buat Tasha kerana single terbaru beliau lebih berbunyi matang daripada sebelumnya.

 Aku selalu membandingkan tiga artis wanita yang sama-sama meningkat naik iaitu Najwa Latiff, Ainan Tasneem dan juga Tasaha Mansahar. Antara mereka bertiga, aku lebih suka vokal dan lagu dari Tasha berbanding Najwa & juga Ainan.

Lagu Masih Perlu ini sekali dengar je terus tertarik dengan liriknya yang sangat dekat dengan hati yang mendengar. Lagu sedih cintan cintun ni siapa yang tak mudah untuk terasa kan? Menjadikan AG Coco untuk arranger muzik ini adalah tindakan yang bijak dari Tasha kerana muzik lagu ini kedengaran bagus di telinga. Ya, aku memang peminat AG coco.

Semoga Tasha Mansahar akan terus berjaya dalam bidang Muzik mahupun bidang yang di pelajari beliau. Amin.

Lirik Lagu Masih Perlu – Tasha Manshahar
Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka
Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku
Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Di saat diri derita
Mencari engkau tiada
Aku perlu dirimu
Hiburkan siangkan
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu

Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Hadirlah untukku
Milikku seperti dulu
Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Di saat diri derita
Mencari engkau tiada
Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau di sini
Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Di saat diri derita
Mencari engkau tiada
Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau di sini
Masih perlu engkau di sini
kredit this blog for the lyric click here!

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010