Saturday, February 8, 2014

Lagu Baru : Histeria - Pujaan Hatiku




Prasasti Jiwa:

Lagu baru kali ini adalah lagu OST dari filem Kami Histeria yang sedang di tayangkan di pawagam berdekatan dengan anda. Kepada anda yang belum menonton filem ini, pergilah luangkan masa anda untuk menontonnya kerana filem ini memang luar biasa lawak!

Aku adalah peminat filem Redfilms dan juga karya daripada Rafidah, dan semua filem karya Redfilm memang akan menjadi wajib tonton untuk aku dan kawan-kawan.

Apa lagi bila filem ini menampilkan pelakon kegemaran aku iaitu Fazura! memang menjadi alasan kukuh untuk menonton filem ini. dan yang membuat aku teruja saat Fazura retweet tweet yang aku mention kepada beliau. Teruja!

dari pelakon, skrip dan jalan cerita tidak melampau jika aku katakan semuanya berjalan dengan baik. Lagu-lagu yang di tampilkan juga betul-betul segar. Apa tidaknya karya muzik dalam ost filem ini adalah daripada saudara Monoloque yang sangat genius dalam menghasilkan karya-karya yang lain dari lain.

dalam banyak-banyak lagu yang ada, Pujaan Hatiku yang menarik perhatian telinga untuk di kongsikan kepada anda semua.

Selamat Mendengar!


Wednesday, February 5, 2014

Lagu Baru : Hafiz - Kesimpulan





Prasasti Jiwa:

Lagu yang baik juga memerlukan penyanyi yang baik! dan apabila ianya bersatu maka layaklah sesebuah lagu itu mendapat pengiktirafan dan anugerah. Tahniah buat Hafiz Suip kerana berjaya merangkul Juara Lagu ke 28 untuk kali ke-2 menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.

Siapalah yang boleh menafikan kehebatan komposer dan penulis Lirik iaitu LY & Baiduri. Ternyata Magis pasangan suami isteri tersebut masih berbisa! Tahniah di ucapkan semoga terus berkarya dengan ikhlas dan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.

dan kali ini, suka untuk saya mendengarkan kepada anda lagu dari Album Hafiz iaitu Luahan Hati Anak Seni yang bertajuk Kesimpulan. Lagu ini sudah mula di putar di corong-corong radio tempatan. Jika suka maka rajin-rajinkan la buat permintaan lagu agar lagu ini popular.

Sejujurnya, aku lebih suka lagu Hanya Ingin Kau Cinta yang di ketengahkan selepas Bahagiamu Deritaku. Tapi mungkin strategi pemasaran management Hafiz mungkin melihat kekuatan lagu Kesimpulan. Apa-apapun semoga lagu Kesimpulan berjaya mencuri hati pendengar muzik tempatan!

Hafiz - Kesimpulan

Mereka melihatku
Bagai ada pertanyaan
Kesimpulan yang tak nampak
Cerita panjang tak guna

Biar ku tahu
Biar aku pelajari
Tentang semua semua yang terungkap

Kerna ku sudah mengerti
Perjalanan ini
Biar pun aku pernah jatuh dan pernah merana

Kerna ku sudah mengerti
Hidup di dunia
Yang semua ini hanya sandiwara ciptaan Yang Esa

Tak dapat aku tunggukan lagi
Tak dapat aku teruskan lagi

Biar ku tahu
Biar aku pelajari
Tentang semua semua yang terungkap

Kerna ku sudah mengerti
Perjalanan ini
Biar pun aku pernah jatuh dan pernah merana

Kerna ku sudah mengerti
Hidup di dunia
Yang semua ini hanya sandiwara ciptaan Yang Esa
Tak dapat aku tunggukan lagi
Tak dapat aku teruskan lag




Lagu Baru : Ainan Tasneem - Malunya ft Mark Adam & Juzzthin





Prasasti Jiwa:

Sudah menjadi trend kini apabila artis solo berduet dengan artis solo lain dalam sebuah lagu. Ya, ianya salah satu promosi untuk meraih populariti dengan cepat. Trend ini juga sudah lama di gunakan di kalangan artis Holywood. Jadi tidak hairan jika ianya menjadi ikutan dalam industri hiburan Malaysia.

Lagu baru kali ini juga dari artis Youtube iaitu Ainan Tasneem yang mana untuk single beliau kali ini, Ainan berduet bersama dengan Mark Adam penyanyi Pencuri serta rapper Juzzthin.

Sejujurnya, lagu ini tak berapa sedap dan punya daya penarik untuk di dengar. Ianya terlalu kedengaran ringkas!

Selamat Mendengar~


Monday, February 3, 2014

Lagu Baru : Najwa Latiff - Hilang





Prasasti Jiwa:

Artis Youtube paling popular dan juga boleh di kategorikan sebagai Artis Muda Paling Kaya di Malaysia iaitu Najwa Latiff telahpun mengeluarkan single lagu terbaru beliau bertajuk Hilang.

Muzik video lagu Hilang ini sudah boleh di tonton dia Youtube seperti MV di atas yang telah di upload oleh NAR Records dan juga akaun youtube Najwa sendiri.

Satu pembaharuan yang cuba di bawakan oleh Najwa dalam lagu terbaru beliau yang mana muziknya sedikit berbeza dengan lagu-lagu beliau sebelum ini. Sejujurnya, penampilan vokal Najwa dalam lagu ini nampak sedikit matang dan lebih bagus dari lagu sebelum ini.

Satu pencapaian yang bagus!

Lirik Hilang - Najwa Latiff

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu
Dan aku hilang
Hilang
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu oh milikmu
Aku ingin kau tahu
Dan sedar kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu
Dan aku hilang
Hilang
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu oh milikmu
Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu
Ku akan mencintaimu
Dan aku hilang
Hilang
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu oh milikmu
kredit lirik to LirikLagu.Biz

Popular Posts

Popular Posts since May 2010