Wednesday, February 5, 2014

Lagu Baru : Hafiz - Kesimpulan





Prasasti Jiwa:

Lagu yang baik juga memerlukan penyanyi yang baik! dan apabila ianya bersatu maka layaklah sesebuah lagu itu mendapat pengiktirafan dan anugerah. Tahniah buat Hafiz Suip kerana berjaya merangkul Juara Lagu ke 28 untuk kali ke-2 menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.

Siapalah yang boleh menafikan kehebatan komposer dan penulis Lirik iaitu LY & Baiduri. Ternyata Magis pasangan suami isteri tersebut masih berbisa! Tahniah di ucapkan semoga terus berkarya dengan ikhlas dan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.

dan kali ini, suka untuk saya mendengarkan kepada anda lagu dari Album Hafiz iaitu Luahan Hati Anak Seni yang bertajuk Kesimpulan. Lagu ini sudah mula di putar di corong-corong radio tempatan. Jika suka maka rajin-rajinkan la buat permintaan lagu agar lagu ini popular.

Sejujurnya, aku lebih suka lagu Hanya Ingin Kau Cinta yang di ketengahkan selepas Bahagiamu Deritaku. Tapi mungkin strategi pemasaran management Hafiz mungkin melihat kekuatan lagu Kesimpulan. Apa-apapun semoga lagu Kesimpulan berjaya mencuri hati pendengar muzik tempatan!

Hafiz - Kesimpulan

Mereka melihatku
Bagai ada pertanyaan
Kesimpulan yang tak nampak
Cerita panjang tak guna

Biar ku tahu
Biar aku pelajari
Tentang semua semua yang terungkap

Kerna ku sudah mengerti
Perjalanan ini
Biar pun aku pernah jatuh dan pernah merana

Kerna ku sudah mengerti
Hidup di dunia
Yang semua ini hanya sandiwara ciptaan Yang Esa

Tak dapat aku tunggukan lagi
Tak dapat aku teruskan lagi

Biar ku tahu
Biar aku pelajari
Tentang semua semua yang terungkap

Kerna ku sudah mengerti
Perjalanan ini
Biar pun aku pernah jatuh dan pernah merana

Kerna ku sudah mengerti
Hidup di dunia
Yang semua ini hanya sandiwara ciptaan Yang Esa
Tak dapat aku tunggukan lagi
Tak dapat aku teruskan lag




0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010